Generic placeholder thumbnail
Nota 50 sen buat Dia

redblack

4.7

Free

Romance | Series

2372 Views

Amar Haziq - Dia lahir untuk menghuni tempat kedua dalam segalanya. Perginya abang yang sentiasa menjadi kesayangan ibu bapanya buat dia makin lemas. Bapa sendiri menyatakan sewajarnya dia yang pergi lama dahulu. Lantaran itu, dicari syurga dunia diluar sana. Hafiz Asyraf - Tiada siapa yang tak senang akan dirinya. Dia punya segalanya. Rupa, harta dan iman yang sentiasa menarik sesiapa untuk menghulur tali persahabatan. Namun, tak pernah sekali dia memandang yang lain kurang darinya. Seorang Asyraf amat mengagungkan persahabatan dalam segalanya sehingga dia sanggup ketepikan hatinya sendiri. Iman Nurin Jannah - Dirinya dijadikan tujuan hidup ramai yang mengenalinya. Ramai yang impikan seorang Iman untuk menemani hidup mereka. Namun, dia sangat dingin beku dengan mereka yang lain jantina kecuali seorang yang dah dia kenali sejak umur 13 lagi. Disebalik kebekuannya, sering kali dia menghulur tangan menarik yang selalu lemas dalam hidup untuk sama-sama bangkit. Tuhan pertemukan mereka bertiga dalam satu aturan yang sangat cantik. Disisi Iman sentiasa ada Asyraf sebagaimana Iman sentiasa ada untuk Asyraf. Iman dan Asyraf, keduanya dihantar kedalam hidup seorang Amar yang semakin lemas dalam dunia ciptaannya. Dan, bermulalah kisah mereka bertiga dalam mencari kebahagiaan sepertimana yang dituntut Yang Maha Agung. View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

Nurin Hazirah

i like

29/09/2017 10:47 AM

Profile Picture

Ain Morsidi

xsambungan ke?best tapi mcm tergantung

15/09/2017 12:38 AM

Profile Picture

Melly Zam

best...next chapter please..tq

13/09/2017 05:02 PM

Rate