Generic placeholder thumbnail
SAHABAT SELAMANYA

Sarah Aaisha

4.5

Ultimate Novel Pass

Romance | Completed

7599 Views

Aku membuka emel. Senyuman terukir dibibirku tatkala melihat nama yang tertera di skrin itu. Dia telah membalas emel yang ku hantar padanya tempoh hari. ‘Salam Hana. Perbanyakkanlah doa ketika solat. Minta supaya dikuatkan kesabaran, In ShaaAllah. Jangan fikirkan sangat apa orang nak cakap, biarkan je. Hana, memang takkan ada orangpun yang akan faham perasaan orang lain sebab kita sama-sama manusia. Tapi Allah lah yang lebih faham kita, Dia je yang setia dengar segala rintihan kita. Hana jangan sedih. Kalau lah memang tak ada seorang manusia pun yang pedulikan Hana, Hana masih ada Mal. In ShaaAllah Mal setia jadi kawan Hana.’ Aku terdiam seketika. Tiba-tiba aku terkenangkan Akmal. Entah mengapa aku sering merasa selesa dengannya walaupun tidak pernah bertemu lagi setelah majlis perkahwinan Alia. Kami lebih suka berhubung dengan cara ini. Setakat ini kami hanya teman biasa. Tidak pernah pun salah seorang daripada kami menyuarakan perasaan hati. Biarlah keadaan ini berterusan jika ianya mendatangkan kebaikan. Sampai bila? Aku sendiri pun tidak tahu. View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

anie

best lah novel ni

15/02/2018 08:15 PM

Profile Picture

Najwa Balqish

best tapi kalau sambung lagi

06/02/2018 09:34 PM

Profile Picture

Salina Mohd Seh

besttt

06/02/2018 07:19 AM

Rate