Generic placeholder thumbnail
BILA AKU JATUH CINTA

Ashraa Farha

4.8

Ultimate Novel Pass

Romance | Completed

12484 Views

Dengan wajah yang kelat Encik Fahim menghulurkan dokumen yang dimaksudkan kepada aku. Satu persatu dokumen itu aku belek dan menurunkan tandatangan sehinggalah ke dokumen terakhir. Kenapa aku tengok dokumen ini lain macam saja. Apabila aku baca betul-betul, rupa-rupanya itu adalah borang kebenaran berpoligami. Jelas tertera tandatangan isteri Encik Fahim di situ. Aku menghadiahkan jelingan tajam kepada Encik Fahim yang sedang tersenyum manis. Kalau dulu aku rasa senyuman itu boleh mencairkan hati, tapi sekarang ini aku rasa senyuman itu boleh buat hati aku rentung. Berapi-api aku rasa. “Apa ini, Encik?” suara aku sudah tertahan-tahan. Bimbang juga jika ketegangan di wajah aku ini menarik perhatian orang. Bara dalam hati ini usah cakap lagilah. Nasib baik depan khalayak ramai. Kalau diikutkan rasa hati aku yang tengah panas ini, ringan mulut aku hendak sembur satu dua das lagi pada lelaki yang tidak reti bahasa ini. “Itu borang kebenaran poligami lah, sayang. Isteri abang sudah setuju. Please, Luna. Jadilah suri hidupku” tutur Encik Fahim dengan lembut tetapi dia sengaja menguatkan nada suaranya. Manusia yang berada di situ sudah menjeling aku semacam. Tidak kurang juga yang sudah berbisik-bisik. Kulit muka aku ini sudah nipis macam kulit bawang dah. Wajah Encik Fahim ini masih boleh selamba badak lagi. Dia ini memang berkulit buaya ke apa? View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

wiwiey

Best gilerrrr

09/01/2018 12:35 PM

Profile Picture

qiz.05

best giler

03/12/2017 02:00 PM

Profile Picture

julietbriefs

Klakar gila heroin cerita ni??jalan cerita fresh, cara penulisan pn matang.

26/11/2017 02:44 AM

Rate