Generic placeholder thumbnail
PERANG MELAWAN MITOS

DR. JACKNAIM, MD

0

Pass BukuMelawan

Other | Completed

304 Views

DI alam fantasi, rumah bertukar menjadi kek yang lemak berkrim dan enak. Si Raja lahir dari buluh betung dan menjadi Sang Perkasa penuh mistik. Pokok kacang boleh tumbuh hingga menembusi dunia raksasa dan itik boleh bertelurkan emas. Anehnya , di alam realiti ini, manusia bertukar menjadi serigala dan Son Goku bertukar menjadi Gorilla tatkala bulam mengambang penuh. Pembunuh upahan sudah kehilangan mata pencarian kerana membunuh manusia sudah tidak sesukar dulu. Suruh sahaja manusia mandi malam nescaya paru-paru mereka akan berair. Bagi bantal dan suruh mereka duduk di atasnya supaya tumbuh bisul besar di punggung. Ledakan bom di Hiroshima dan Nagasaki juga tidak perlu berulang kembali untuk membuat spesies manusia pupus kerana kita ada kacang soya untuk membuatkan manusia menjadi mandul. Oh TUHAN, aku hidup di alam mitos dan manusia terus-menerus membiarkan diri mereka diperbodohkan seakan sudah pupus di muka bumi ini dan universiti menjadi taman permainan bayi. Kita harus melancarkan perang untuk menghancurkan kebatilan yang timbul dari penyebaran mitos ini dan kembali melahirkan generasi Sang Kancil. Ini adalah kisah Perang Melawan Mitos. View More...

Comments Write Comments

Rate