Generic placeholder thumbnail
Mr Perfect 10

Farisya

4.5

Free

Romance | Series

8282 Views

~Bak kata orang,kalau dah jodoh memang tak kemana.Walaupun saling tidak mengenali dan benci antara satu sama lain,kalau dah jodoh akhirnya ke jinjang pelamin juga. Begitulah nasib Darwisya Adriana yang terperangkap dengan lamaran paksa oleh Harraz Darwish yang sombong dan kerek orangnya! "Kenapa aku kena terima kau ha?! Kau tau kan yang aku ada hubungan dengan Harriz.Itu adik kembar kau!Sanggup kau khianat adik sendiri!Aku tak cintakan kau! Aku cintakan Harriz Daniel ! Bukan kau, Harraz Darwish!" -DARWISYA ADRIANA "Eh pempuan! Kau memang tak sedar diuntungkan! Kau dah lupa ke janji kau dengan aku?! Apa janji kau?! Kau janji dengan aku yang kau akan bayar ganti rugi tu 3000,tapi apa yang kau bayar?! Satu sen pun kau tak pernah bayar.Sekarang kau tanya aku kenapa kau kena terima aku?! -HARRAZ DARWISH Kerana ingin mengelakkan dari mengahwini gadis pilihan ibunya,Darwish memaksa Darwisya menjadi isterinya.Namun bukan itu sahaja,Harraz Darwish juga memegang satu amanah yang diamanahkan oleh adiknya sendiri supaya menyayangi dan mencintai Darwisya seperti mana Harriz Daniel mencintainya. Namun apa yang tidak disangka adalah Milah,iaitu sahabat baik Darwisya telah berkomplot dengan Harraz Darwish untuk melakukan sesuatu kepada Darwisya supaya Darwisya dikahwinkan dengan Harraz Darwish.Adakah bahagia buat Darwisya?Bagaimana pula dengan Harriz Daniel yang tulus ikhlas mencintai Darwisya Adriana?Harriz Daniel terpaksa melepaskan Darwisya dalam keadaan kerelaan hati yang pada awalnya berat untuk melepaskan gadis itu.Namun,siapa sangka,yang sebenarnya ada satu rahsia besar yang selama ini dirahsiakannya dari keluarga mahupun abang kandungnya sendiri. "Dulu,aku cintakan seseorang yang digelar 'cinta pertama'.Sekarang,aku cintakan seseorang yang bergelar 'Suami'." -WISYA "Cinta tak seharusnya memiliki.Dan,cinta itu bukan milik kita.." -HARRIZ "Memang aku tak pernah bercinta,tapi sekarang kau lah orang pertama yang kenalkan aku apa itu erti cinta" -AWISH Adakah kisah mereka akan berakhir dengan sinar bahagia atau pun berakhir seperti ini sahaja?Mampukah mereka meluahkan rasa cinta dengan adanya perasaan ego sekaligus? ~DIA SEORANG LELAKI YANG SEMPURNA.MEMPUNYAI RAUT WAJAH YANG SEMPURNA DAN DIGILAI RAMAI WANITA.TETAPI MAMPUKAH DIA UNTUK MENJADI SEORANG SUAMI YANG SEMPURNA.LAYAKKAH TENGKU HARRAZ DARWISH,DIGELAR SEBAGAI MR PERFECT 10?~ View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

ery

best..smbung lagi

23/06/2018 07:22 AM

Profile Picture

prince_puteh

Bila nak update chap baru Farisya?? Best cite ni..

23/06/2018 06:47 AM

Profile Picture

Hanis Amisha

Sambungan please ??

22/06/2018 09:11 PM

Rate