Generic placeholder thumbnail
Hantu Mahu Saiz S

kittenlover

4.7

Free

Humor | Series

2076 Views

Sekolah Sri Bangsar berhantu? Ya, siang hari ia sekolah biasa. Tetapi apabila malam menjelma, ia dipenuhi hantu-hantu dan dikenali sebagai Sekolah Seram Bangsar. Satu hari, Doktor Penatdol dari Jabatan Kesihatan Hantu telah membuat pemeriksaan. Setelah penilaian dibuat, didapati semua hantu mempunyai masalah berat badan. Toyol sudah tidak boleh mencuri kerana tersekat di pintu pagar. Pontianak sukar menakutkan manusia akibat asyik jatuh tersembam dari dahan bertenggek yang patah. Langsuir pula hanya mampu terbang rendah, macam helikopter yang rosak kipasnya. Lantas pengetua terus melancarkan program Hantu Mahu Saiz S. Tengkurock, si hantu tengkorak pula dilantik menjadi jurulatih tidak bertauliah. Punyalah semangat mahu kurus, sampai ada ikrar khas yang dicipta: "Maka kami para hantu terlajak gemuk dan tembam, Berikrar bahawa sesungguhnya, Akan menumpukan seluruh tenaga sehingga berpeluh, Bagi mengurangkan berat badan yang terlebih kilo, Dan mengempiskan perut yang terlajak boroi, Berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut; Kepercayaan kepada penimbang, Kesetiaan kepada jurulatih, Keluhuran ketika berlatih, Kedaulatan petua langsing, Kesungguhan dan kesabaran." Mampukah hantu-hantu Sekolah Seram Bangsar kembali langsing dan bersaiz S semula? Ikuti kisah ini sambil berdiet juga ya! View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

nuralishamai

kittenlover awak salin semula ke ? Sebab saya ada buku tu .

23/11/2018 10:42 AM

Profile Picture

?????

bila nk sambung

23/04/2018 10:39 PM

Profile Picture

A. AIRIZ

Novel ini di salin semula ke? Sebab saya ada novel cerita ni

18/04/2018 10:22 PM

Rate