Generic placeholder thumbnail
TOLONG INDAHKAN TAKDIR KITA

thira jono

4.9

Free

Romance | Series

13423 Views

CERITA KITA TAK SAMA KADANG KITA TEMUI DERITA SEBELUM BAHAGIA. Kisah hidup Sheikh Luth Ali berubah setelah kematian abang kembarnya Sheikh Luthfi Alwi. .Dia dipersalahkan atas kematian arwah abangnya. Ibu kecintaannya membenci dia hanya kerana satu dosa yang telah di lakukan. Hubungan Luth Ali dan Ibu semakin dingin dan meniti keretakan kerana hasutan dari abang Angkatnya sendiri, Sheikh Redza. Pelbagai cara dia cuba untuk menambat hati ibunya kembali tetapi semua itu tidak dipandang walaupun seinci. Saat dia mencari sinar Baru dalam hidupnya, muncul seorang gadis yang diberi Nama Laura Aurora. Gadis itu langsung tidak memandang keburukan dan kelemahan yang ada dalam diri Luth Ali sebaliknya dia berkawan dengan lelaki itu dengan penuh keikhlasan. Keikhlasan gadis itu membuatkan hatinya terpaut. Kerana ingin mengejar cita-cita Luth Ali terpaksa membawa diri dan meninggalkan Laura aurora kesepian tanpa dia di sisi. ? “Kau tunggu aku tau? Jangan cari lelaki lain pula. Balik-balik Malaysia aku terus melamar kau untuk aku. Itu janji aku.” Kehadiran Nelly dalam hidup Luth Ali pula langsung tidak di alu-alukan. Suka menghuru-harakan kehidupan dia setiap kali berjumpa. Bagi dia, Nelly seorang gadis yang suka sakitkan hati dan egonya tinggi.? “Weyh, 5 tahun lepas aku memang bencikan kau, tapi sekarang ini aku perlukan kau untuk selamatkan hidup aku. Kalau kau suruh aku masuk minang kaupun aku sanggup asalkan kau boleh selamatkan aku dari Redza. Aku tak mahu dia! Dia jahat.” ,–Nelydia Ulfa? “Ibu sukalah Kalau kamu kahwin dengan Nelly tu. Waktu kamu tak ada, dia selalu teman ibu. Tak salahkan kalau dia jadi menantu ibu?” –Cikgu Sharifah? “Awak dah lama cari redha dari ibu awakkan? Kalau dengan cara awak berkahwin dengan Nelly tu buat dia gembira, saya redha dan saya terima.” –Laura Aurora. Kekeliruan demi kekeliruan dalam hidup Sheikh Luth Ali semakin menerpa. Dia tidak tahu untuk memilih Antara Cinta dan simpati. Mampukah dia melupakan janji demi menyelamatkan Nelydia?Mampukah dia melukai hati wanita yang dicintai demi menjaga hati si ibu yang sudahpun menerima dia di dalam hati setelah bertahun membenci? Apakah cinta Luth Ali dan aurora punya titik nokhta? Apakah pengakhiran kasih Sheikh Redza terhadap Nelydia Ulfa? Perancangan tuhan sebaik-baiknya. Manusia mampu merancang, segala penentuan dari maha mencipta. View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

dinanasri

plot twist terbaik.. sedih gembira semua ada

19/05/2018 03:21 PM

Profile Picture

Scarlett

Wooo... Muadz nak buat apa tu? Jangan buat kerja gila sudah. Sis, plz continue!

19/05/2018 06:35 AM

Profile Picture

Scarlett

Wooo... Muadz nak buat apa tu? Jangan buat kerja gila sudah. Sis, plz continue!

19/05/2018 06:35 AM

Rate