Generic placeholder thumbnail
DINGIN

IZAZA HAG

5

Free

Romance | Completed

4022 Views

‘’Puan,.encik! izinkan kami ubatkan Suha? Sebenarnya tadi Suha kemalangan kerana kami.’’ Mak long Munirah meminta izin lagi dan menceritakan perkara yang sebenar. Ajib sudah berdiri. Wajahnya mula berbahang mendengar pengakuan mak long Munirah. ‘’Saya tak benarkan! Suha!!,.bangun! kalau tak nahas Suha abang kerjakan!’’ suara Ajib yang sebenar berbunyi lagi. Kali ini Puan Ziela pula yang menunjukkan kuasanya. Dipiatnya telinga Ajib tanpa sedar. Menyeringai Ajib menahan sakit dan rasa malu. ‘’Macam ni ke Ajib layan menantu mama? Dah! Ajib pergi balik sorang. Bawa baju mama dan baju Suha ke sini! Mama nak tinggal di sini dengan Suha. Biar kami yang ubatkan Suha dan jaga dia!’’ kali ini Puan Ziela pula menunjukkan ketegasannya. Shuhaimi sudah mula mengulum senyum melihat wajah kekalahan Ajib. Suha juga sudah berhenti menangis dan menyembunyikan wajahnya di dada mak long Munirah lagi. ‘’Ma,.Suha bukannya sakit pun. Dia mengada-ngada ja lebih. Mungkin dia pura-pura sakit jer tu. Mama tengoklah perangai dia tu. Dia macam faham je apa yang kita cakap!’’ Ajib cuba membela diri. Dikerlingnya Suha yang sudah beriak tenang itu. View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

Nur Daya

simple & good

16/08/2017 12:56 PM

Profile Picture

Mizzkuda

Dah dibukukan ke?

11/08/2017 07:19 PM

Profile Picture

Guest User

Gud job

10/08/2017 02:54 PM

Rate