Generic placeholder thumbnail
My Mister Richest

Nana Riana

4.8

Free

Romance | Series

54726 Views

Kejadian dua tahun lalu menyebabkan FAIRA ALISHA hilang ingatan dan sekarang dia menjalani kehidupan baru sebagai seorang guru sekolah rendah. Namun, sesuatu telah terjadi kepadanya di mana seorang budak lelaki bernama AQIL SYAUQI tiba-tiba memanggilnya dengan panggilan mama. “Kenapa dengan mama ni, hah?! Papa itukan suami mama. Mama, mama Aqil. Suami sendiri pun mama tak kenalkah?” ~ AQIL SYAUQI “Apa bukti akak ni mama Aqil?” ~ FAIRA ALISHA “Aqil tak ada bukti. Tapi, papa ada bukti. Aqil pernah nampak gambar mama dekat papa.” ~ AQIL SYAUQI QAIZ TALHA anak kepada seorang jutawan yang terkenal di kota Allend. Disebabkan Aqil Syauqi tidak berhenti menyebut nama perempuan itu, dia mengambil keputusan menyuruh teman baiknya siasat semua perkara tentang Faira Alisha. “... Perempuan ni ada buat salah besar dengan kaukah?” ~ SHAZWAN “Ya. Kesalahan yang dia buat ni sangat besar. Melibatkan nyawa aku dengan budak tu sekali.” ~ QAIZ TALHA “Dia dah curi hati aku dengan Aqil. Sebelum parah baik kau tolong aku siasat dia ni. Aku tak nak tersilap langkah nanti.” ~ QAIZ TALHA. Qaiz Talha tidak akan mensia-siakan usahanya untuk mendapatkan semula Faira Alisha. Gambar Faira Alisha yang disimpannya itu membawa cerita tersirat yang berlaku dua tahun lepas. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan perempuan itu ada di depan matanya. Dia juga menyuruh perempuan itu berhenti mengajar dan memberi tugas untuk menjaga Aqil Syauqi. Namun, ada masalah lain juga yang perlu Qaiz Talha hadapi. Masalah perempuan yang bernama TALITA, model terkenal di kota Allend. Perempuan yang tidak habis-habis mengacau hidupnya. “... Awak nak saya pakai bahasa apa lagi supaya awak faham, hah?! Tolonglah hentikan semua ni. Saya memang tak ada hati dengan awak. Kenapa awak nak paksa saya juga?” ~ QAIZ TALHA “Qaiz Talha. Kau dengar sini. Kalau aku tak dapat kau. Perempuan di luar sana juga sama. Aku tak akan sesekali biarkan perempuan lain dekat dengan kau selain aku. Kau hanya milik aku seorang saja.” ~ TALITA View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

Norazlen Tompang

sambung lagi best da ini setuju2

21/08/2019 02:16 PM

Profile Picture

pia

best sangat nana...

21/08/2019 07:33 AM

Profile Picture

dibahh

sambungan nya bla

20/08/2019 04:20 PM

Rate