Generic placeholder thumbnail
MELAYANG-LAYANG

DOKTOR ANGKER

4.8

Ultimate Novel Pass

Horror & Thriller | Completed

5814 Views

PAK PAK PAK Bunyi mayat anaknya ditetak diatas alas pemotong kayu. Wadah sudah tiada perasaan. Otak anaknya dikeluarkan. Masih suam. Wadah mencubit sedikit. "PUIH! TAK SEDAP!" Wadah meludah. Digigitnya pula tangan anaknya. Liat. Tapi daging segar memang rasa manis. Nafsu mula membuak.Rakus melahap dan melapah. Kasih sayang seorang ibu sudah tiada. Akal waras seorang manusia sudah hilang. Wadah terduduk. Kenyang. Tapi masih belum puas. Ya, selama ini orang kampung mengata dan mengeji tanpa sebab, biar kali ini mereka membencinya dengan sebab. Biar kali ini, malam mereka tidak aman. Biar kali ini lebih mengawasi pergerakan anak kecil mereka. Wadah terjaga tengah hari keesokkan harinya. Lapar. Tulang-belulang anaknya dibungkus dalam kain dan ditanam dibelakang rumah. Ketika leka mengorek tanah, Wadah perasan ada sepasang mata sedang memerhatikannya. "Siapa tu?" Wadah memanggil. View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

Sharon Agatha Stanley

haish x faham

07/04/2018 05:53 PM

Profile Picture

Mommy Hanna

ending macam tergantung..jalan cetita pon x smooth

04/04/2018 09:31 PM

Profile Picture

Guest User

cerita best tapi kurang faham

23/07/2017 11:29 PM

Rate