Generic placeholder thumbnail
HAPUSKAN AKU DARI SENGSARA

thira jono

4.9

Free

Drama | Series

3321 Views

GENRE : ROMANCE, MYSTERY,FRIENDSHIP & DETECTIVE "Saya dengan Alif tidur sebumbung tak lama, nanti kita kahwin lepas itu kita cari rumah sewa dekat-dekat sini juga ya?" Ujar Syafiq Farhad nada nakal. Lisa terus pandang wajah Syafiq yang mula tayang gigi kemas yang tersusun rapi seperti biasa. "asalkan kita berdua dekat dengan kawan-kawan awak dan keluarga saya, jadinya saya okey jelah." Balas Lisa dengan penuh kelembutan. "Saya tak biasa sebenarnya tidur berdua dengan orang ni. saya biasa jadi loner." Tempelak Syafiq buat muka memuncung macam cencorot. "Amboi, nanti macam mana nak kahwin kalau tak biasakan diri Encik Abang Syafiq." Lisa bertaut kening sambil mencekak pinggang. dia buat gaya makcik-makcik membebel depan anak. "apa awak panggil?" Syafiq tersenyum lagi. haih berdas-das dia cairkan hati dengan senyuman. sudahlah hidung mancung senyumannya kemas saja di pandang memang Bae sangat!! selepas itu, bila buka mulut dan bersuarapun cukup membuatkan hati Lisa berdegup laju. "syafiq?" Lisa mendongak Kepalanya sedikit. "nope. sebelum awak panggil nama saya." Syafiq Farhad cuba bersungguh-sungguh ingatkan Lisa. "abang?" balas lisa termangu-mangu. Syafiq terus lompat setempat bila panggilan abang itu kedengaran. "Haaaa, abang. best juga panggilan tu." Syafiq mencuit halus hidung lisa dan dia tersenyum bila lisa elak kepalanya ketika di cuit. wajah lisa mulai berona merah. "alah tunggu kahwinlah baru panggil abang." Lisa saja mahu mengelat. "no, kenalah biasakan diri awak tu panggil saya abang. betul tak?" Syafiq Farhad dah mula nak tunjuk perangai manjalah tu. "kalau saya panggil awak abang habis awak nak panggil saya apa? sayang?" Lisa menyoal seraya tangan di letakkan di dagu gaya berfikir. "sayang? taknaklah bosan. Saya nak panggil awak Wife." Wife? Wah, interesting. lisa terus tertawa besar bila Syafiq sebut perkataan itu. Wife? seriously? romantik sangat tu. "wife? pelik je bunyinya tu." Lisa menggaru kepala sambil buat muka selenga. "baru romantik sikit." romantik sikit? wuih, ini rasanya dah terlebih romantik dah ni. "okey kalau lagi adil awak panggil saya Wife saya panggil awak Shuben." Giliran Lisa pula beri cadangan. "shuben? natang apa tu?" dia buat muka pelik. sekali lagi syafiq mengekek. " Shuben tu husband lah awak . tapi saya nak panggil manja-manja sikit jadilah shuben." makin tersengih Syafiq dibuatnya bila melihat gelagat Lisa yang terasa comel di matanya. kenapalah sebelum ini dia tak pandang lIsa yang ada depan mata? haih... "amboi, ini kira perosak bahasalah ni? Hahahahaha..." Mereka terus ketawa serentak. Sayangku tolonglah berikanku tanda, bisik kata cinta atau tulis nota, akukan terima buat apa saja, asalku tahu kau dah sedia.... Kau punca gelora jiwa, Senyumku walau sekadar, Dalam mimpi kau menjelma, Kita mampu membina sejarah kasih berbeza, Sedia bercinta lagi... View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

ninaiskandar

aku bencikan andi

14/12/2018 03:29 PM

Profile Picture

sabrinaaa

janganlah up satu bab je..... terseksa woi nak baca thira jono. emmm

14/12/2018 03:09 PM

Profile Picture

joshuaan

awak, jika awak ada terbitkan buku sendiri beritahu kami ya. saya suka membaca karya awak

14/12/2018 02:49 PM

Rate