Generic placeholder thumbnail
MR HUSBAND HELLO PINKY

thira jono

4.9

Free

Romance | Series

17915 Views

Berkahwin dengan Lelaki bukan pilihan hati bukan sesuatu hal yang mudah. lagi-lagi bila hati tak serasi. bagi Meena, berkahwin dengan Faliq Affendy hanya membebankan. Dia tak cinta tapi dia perlu berkahwin. "Hurm, awak nak buat syarat apa ni?" Fendy bertanya. "saya nak...." belum sempat meena membalas, Fendy dah menempelak. "Wait.. boleh saya teka?" dia minta keizinan untuk meneka. muka confident kena ada. "Syarat pertama awak taknak saya sentuh awak. Nombor dua awak taknak tidur sekatil dengan saya. Nombor tiga awak nak kita berlakon bahagia je depan mak bapak kita. Nombor empat awak nak duduk rumah sendiri taknak duduk rumah family. dan Nombor 5 lu fikirlah sendiri." Meena Zalikha terus tercengang dengar jawapan fendy yang panjang lebar itu. dia menggaru kepala sendiri. wow, amazing.. 'Eh, betullah. Ayat dia macam sama dengan syarat yang dah bersarang dalam kepala otak aku ni.' bisik hati meena "betulkan itu Syaratnya?" Fendy menjungkit kening buat muka poyo. "ya betul. tapi saya belum beritahu awak lagi tau?" Duga Meena. "kan saya kata syarat-syarat awak tu clishe macam ayat heroin drama melayu." ketwat saja jawapan Fendy. "Mr. Hello pinky, awak tahukan saya sayangkan arwah Firdaus? bukannya awak. Saya mampu jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dari segi zahir tapi bukan batin." Hello pinky? itu jelah gelaran yang diberikan oleh gadis itu dari zaman sekolah. "I'ts okey. yang penting awak tak suruh saya ceraikan awak macam dalam drama melayu. sebab saya nak awak selama-lamanya menjadi isteri saya. Sampai Syurga. Hurm, tapi saya boleh buat awak jatuh cinta tau. awak beri saya masa setahun untuk pikat awak." Fendy menyengih nakal. dia saja dekatkan wajahnya di bahu Meena Zalikha. terkebelakang gadis itu dibuatnya. setahun? tak mungkin. "pikat saya? seriously? tengok diri awak yang obses sangat dengan warna pink dan kartun hello kitty pun saya meluat macam nak muntah. macam mana saya nak jatuh hati dengan awak?" getus Meena geram. dia memang tak suka warna pink. dari dulu lagi. sejak hari pertama mereka berdua masuk ke dalam rumah Fendy lagi, dia dah pening kepala. Mana tak peningnya kalau semua perkakas warna pink? Ya Allah, dia punya obses mengalahkan perempuan! "orang kata lelaki suka pink dan hello kitty ni penyayang tau? awak akan jatuh cinta dengan sikap penyayang saya." Dia buat muka nakal sambil cuit hidung Meena Zalikha. selamba je dia menyentuh walaupun di larang. resepi memikat isteri perlu tahu taktiknya. banyak strategi yang dia buat untuk pikat si jantung hati. "tak mungkin..." Meena menyangkal selamba depan Fendy. hanya senyuman sinis dihadiahkan. dia Yakin dia takkan pernah jatuh cinta dengan Fendy.. Kata-kata dia memakan diri. yang tak mungkin itulah akan menjadi mungkin. hari-hari si Fendy buat gaya menggoda depan dia. hari-hari fendy buat perangai yang mencairkan hati dia. sikap lelaki itu membuatkan jiwanya rasa sesuatu yang bahagia. macam mana tak cair macam aiskrim dibuatnya? Tapi, setiap kali dia rasa bahagia dia tepis perasaan sendiri. kerana janjinya dengan Arwah firdaus membuatkan dia berbelah bahagi. "Kalau engkau tak boleh nak bahagiakan Fendy, lepaskan dia jangan nak seksa dia! banyak lagi perempuan berlambak terkejarkan dia kalau engkau taknak." Suara amaran dari Awin membuatkan Meena rasa nak tampar muka dia bertubi-tubi sekarang ini. Gadis itu menjelingkan mata memandang Meena Zalikha. "perempuan terkejarkan dia? engkaulah salah satu perempuan yang terkejarkan diakan? Aku takkan biarkan kau dengan Fendy. He's my husband!" Pekik Meena berani sambil tarik kuat rambut Awin. terjerit gadis itu di buatnya. Haaa, padan muka! gedik nak mampus! berani je dia nak ganggu-ganggu rumah tangga orang. berani-berani nak beri amaran dekat aku! dia siapa? Dia tak suka dengan Awin. Gadis itu terlalu ketara sangat terkejarkan Fendy. Eh, kejap. Aku tak sukakan Si Mr hello pinky tu, tapi aku marah dia nak kacau si Fendy. Argh.... no! kau tak boleh jatuh hati dengan Mamat hello Pinky tu. ingat janji kau dengan Firdaus. Kerana janji perasaan kasihnya di abaikan. kerana satu janji cintanya dengan yang lain terpaksa dipendamkan. mampukah Fendy memiliki cinta Meena Zalikha? berhasilkah taktik memikat isteri dari dia? Cinta tak boleh di paksa tapi cinta boleh di cuba. THE BEST IS NEVER REST FENDY! JANGAN PERNAH MENGALAH PIKAT HATI DIA. View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

JNR

issshhhh sakit hati betul dgn si meena ni,mudahnye dia percaya si maya tu...hmmm next chapter plz sis..

23/10/2018 12:19 AM

Profile Picture

Guest User

next chapter sis...

22/10/2018 10:52 PM

Profile Picture

JNR

sambung lg plz..

21/10/2018 01:10 AM

Rate