Generic placeholder thumbnail
Pemilik Hati Iris

Scarlett

4.9

Free

Romance | Completed

29644 Views

Iris milik Eryna Sofea sangat unik. Warna bola matanya berwarna violet yang sangat cantik dan jernih. Hanya kerana sepasang mata yang dimiliki, hidupnya kacau bilau. Huru hara. Hanya kerana mata, dia tidak percayakan persahabatan. Hanya kerana mata, dia tidak dapat berbohong. Hanya kerana mata, dia tidak percayakan orang ramai. Hanya kerana mata, dia memakai cermin mata hitam untuk menutupi matanya. Hanya kerana mata, dia dicaci dan dihina. Ya. Eryna Sofea memiliki mata yang istimewa dan unik. Matanya dapat bertukar warna mengikut perasaan dan emosinya. Dia juga dapat melihat emosi orang lain dengan melihat mata mereka. Tetapi matanya akan bertukar warna jika melihat mata orang lain. "Boleh tak kau cungkil aje mata aku? Aku rasa jadi buta lagi senang." - Eryna Sofea Hanya sebab itu, dia terpaksa memakai cermin mata hitam walau kemana dia pergi termasuklah sekolah. "Asal kau pakai spek mata hitam? Kau ingat kau lawa macam Fazura ke?" Dia tidak dapat percayakan sebarang manusia. Tetapi dia ingin percaya. Dia ingin berkawan. Dia ingin bercinta. Dia ingin hidup seperti manusia normal tetapi manusia yang busuk hati membuatnya dia begini. "Wujud lagikah manusia yang berhati suci ini?" - Eryna Sofea Muncul seorang demi seorang dalam hidup Eryna. Rahsia mengenai dirinya satu persatu mula terbongkar. "Siapa aku yang sebenarnya?" - Eryna Sofea. Eryna kembali mengembara dirinya yang sebenar termasuklah..... iris? Dapatkah Eryna mempercayai manusia, persahabatan dan cinta? Siapakah Pemilik Cinta Iris? Siapakah Pemilik Iris? View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

deyjaa

best sangat2....bab terakhir tu mmg sebak gila...x sangka ending macam tu...btw...fantastic!

22/03/2019 10:38 PM

Profile Picture

Aniss Haneez

tahniah scarlett.. semoga impian untk jdi penulis tercapai.. btw best gile story.. jalan crita pun suspen.. terbaikk???

12/03/2019 04:05 PM

Profile Picture

Miss_aliena

Scarlett,nak tanya.Macam mana nak dpat notification?saya punya kosong=_=

31/01/2019 01:48 PM

Rate