Generic placeholder thumbnail
Yang Dinamakan Kehidupan

Suria November

4.5

Ultimate Novel Pass

Family | Completed

10598 Views

'Jiya, abah bukan tak peduli pasal Jiya. Dia peduli.' Aku senyum tawar. Abah memang tak rapat dengan aku. Dia jarang jumpa aku dan cakap dengan aku. Abah nangis masa tengok Jiya koma.' Abah nangis? Sumpah aku tak tahu. Aku rasa macam abah tak peduli pun pasal aku. Dia pernah kata dekat aku yang dia takkan peduli lagi pasal aku sebab aku ni degil dan tak nak ikut cakap dia. Bukannya aku tak nak ikut tapi susah aku nak paksa diri aku pergi ke sekolah masa tu. Nak keluar rumah satu langkah pun aku tak sanggup sebab aku rasa orang akan perlekehkan kekurangan aku. 'Dia kata dekat mama yang dia tak sanggup nak hilang Jiya. Jiya anak dia. Abah kecewa dengan diri abah sendiri sebab buat Jiya derita dengan hidup Jiya. Setiap kali Jiya tak sedarkan diri, abah akan menangis. Abah tak pernah pun benci Jiya' View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

blythe

tergantung?

17/06/2018 10:44 AM

Profile Picture

lighteu

sedih..????,insaf baca...tp knape tak end kn hubungn fadh ngn jiya sama sama...huu,ttbe na suruh diorg kawen je....

06/09/2017 08:07 PM

Profile Picture

Guest User

Sedihnya ??????

25/03/2017 11:01 AM

Rate