Generic placeholder thumbnail
P-JUN

HAFIZUL OSMAN

5

Pass BukuBebas

Fantasy | Completed

1867 Views

Fikiran Hakimi semakin kusut. Dia semakin tidak mengerti. Dia tidak berapa faham apakah maksud sebenar yang cuba disampaikan oleh Jeneral Zainal dan Mejar Karim. “Saya masih tidak faham lagi, tuan!” “Berapa umur awak sekarang, Hakimi?” tiba-tiba Jeneral Zainal mencelah. Hakimi kaget. “25 tahun!” balas Hakimi perlahan. “Salah! Sepatutnya umur awak adalah 50 tahun!” ujar Jeneral Zainal. Kata-kata itu membuatkan Hakimi tersentak. Dia tidak percaya umurnya sudah tua. “Tapi, bagaimana? Kulit saya masih lagi tegang, tidak berkedut. Tenaga saya masih banyak seperti orang muda betul. Tulang saya masih kuat! Memori otak saya pun hanya berkisar dalam lingkungan 20 tahun!” Hakimi masih tidak berpuas hati. Dia mahu mendapatkan jawapan kepada persoalan yang timbul. View More...

Comments Write Comments

Rate