Pertemuan Yang Terindah

Farisya

5

"Kita akan bersua empat mata selama 24 jam dan selepas 24 jam, I tak nak tengok lagi muka you dan bayang you pun jangan sesekali melintas dekat depan mata I, faham?" Temu janji selama 24 jam yang dirancang oleh Armell adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan Hayy Mikael iaitu lelaki yang dia cuba tepis sejak dari awal pertemuan mereka dengan janji lelaki itu tidak akan muncul lagi dihadapannya apabila tamat saja tempoh yang diberi. Namun, janji hanya tinggal janji bilamana lelaki itu semakin kerap menampilkan diri dihadapannya. Hayy Mikael muncul kembali atas permintaan yang terakhir dan berharap permintaannya kali ini dapat ditunaikan. Alahai, permintaan apa lagi ni? "Janji dengan I, you takkan pakai seksi-seksi lagi lepas ni? Kalau you berjaya tunaikan permintaan I, sumpah I tak kacau you dah. Janji!" Permintaan yang tak seberapa Hayy Mikael itu buatkan Armell tersenyum sinis. Walah! Tak sesulit yang dia fikirkan pun. Kata-kata tak seindah bicara. Permintaan yang dianggap terlalu mudah itu rupa-rupanya tak semudah yang disangka. Dan lelaki itu terus mengganggu dan mengganggu tanpa jemu. Armell pasrah. Biarlah, anggap saja yang Hayy Mikael tak pernah wujud dalam hidup dia! Bukannya susah, haha! Namun, pertemuan selama 24 jam yang pernah dirancang selama ini telah memutikkan cinta tanpa dia sedar. Cinta mula hadir dalam hati Armell. Hayy Mikael menjadi tempat dihatinya. Saat hati sedang diulit bahagia, Armell menerima satu kejutan yang selama ini cuba dirahsiakan oleh lelaki itu dan serta-merta membuatkan dia rasa tertipu sepanjang perkenalan mereka. Rahsia yang sangat besar sehingga tidak mampu diterima akal! "Aku memang baik untuk maafkan kau. Tapi tak bodoh sangat untuk terus percaya kau lagi." -Armell "Apa maksud keterpaksaan merelakan? Maksudnya, kau terpaksa lakukan apa yang kau paling tak rela lakukan. Kau tau rasa sakit tu macam mana? Kau tak akan tau kalau kau tak punya rasa apa yang aku rasa." -Hayy Mikael