TERBARU

Pujaan Hati Aireena

ima

5

" Aku terima nikahnya Aireena Aleeya binti Hakim dengan mas kahwinnya dua ribu ringgit, tunai." sekali lafaz sahaja aku sudah menjadi isteri buat kali kedua. " Abang maafkan Airin sebab tak dapat pertahankan cinta kita. Airin terpaksa, maafkan Airin." kataku dalam hati. Air mataku mengalir laju. Aku terasa seperti seseorang duduk dihadapan aku, dan itulah suami aku. Aku tidak tahu siapa suami aku. aku memandang muka suami ku, dan.... "Aiman." dia tersenyum manis ke arahku. Aku benar terkejut sekali. Kawan baik suamiku adalah suami aku. Air mata mengalir laju menuruni pipiku. Apabila Aiman ingin menyarungkan cincin di jari manis ku, aku keraskan tangan ku membuat kan Aiman tidak dapat menyarung cincin itu di jariku. Aku masih terkejut. Aku memandang Aiman dengan mata tidak berkelip. " Airin." panggil mamaku. Aku menoleh. "Aiman nak sarungkan cincin tu." Aku tersedar. Aiman menyarungkan cincin berlian itu di jari manisku. Aku menyalam tangan suamiku walaupun aku tidak rela atas perkahwinan ini. Lagi lagi dengan kawan baik suamiku. Aku pasti, Aqeel akan kecewa. Setelah itu, dia mengucup dahiku dengan penuh kasih. *** " Airin." panggil Aiman dengan manja. Aku menoleh. " kenapa masam saje muka Airin ni?" tanyanya sambil tangannya mahu menyentuh pipiku. Aku mengelak. " Awak tak boleh sentuh saya. Saya nak tidur. Awak boleh tidur atas katil. Saya tidur atas sofa." kataku sambil mengambil bantal di atas katilku. Aiman menghalang. " Awak isteri saya, tempat isteri perlu ada di sisi suaminya. Tidur sini sebelah saya." dia menepuk nepuk katil di sebelahnya. Aku mengeluh. Aku ikut sahaja perintah dia, tetapi untuk menjadi isteri sebenar buat dia aku memang tak bersedia. Dia ingin memelukku pantas aku menepis. Dia mengeluh. " Awak isteri saya, saya boleh buat apa apa pada awak." katanya " Awak suami saya atas kertas sahaja. Saya memang tak setuju dengan perkahwinan ni. Lagipun saya tak bersedia. So please. Saya tak mahu ibu dengan papa saya tengok kita bergaduh so please." kataku sambil mengelap air mata yang terjatuh. Pelbagai usha yang dilakukan oleh Aiman untuk membuat Airin jatuh cinta kepadanya. Adakah usha Aiman berjaya. Adakah Airin akan jatuh cinta pada Aiman? Kalau hendak tahu sila baca novel PUJAAN HATI AIREENA.

Kisah Cinta Kita

thussss_

4.5

"Kadang-kadang cinta pertama bukanlah perkara terbaik kerana masih akan hadirnya yang kedua." Percintaan bertahun lamanya di antara Syed Ikhwan dan Marissa Aurora akhirnya berakhir begitu sahaja apabila Syed Ikhwan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Semua janji yang ditaburkan musnah dan dikhianati. Marissa membawa diri dan tidak lagi membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Baginya, sakit dikhianati oleh Syed Ikhwan masih tersisa lagi. "Kenapa kau khianati aku Ikhwan? Apa salah aku pada kau? Kenapa kau nak tinggalkan aku tanpa sebab?" - Marissa Aurora Perkahwinan yang disangka akan menemui bahagia hanya membuatkan Syed Ikhwan merana sahaja. Dia telah menjadi mangsa keadaan. Malangnya, setiap tindakan tidak dapat diundur lagi. Dia perlu berkorban untuk keluarganya. Siapa sangka Syed Ikhwan yang dahulunya berbudi bahasa berubah sekelip mata sahaja. Kehadiran Ziyaad Uwais dalam hidup Marissa mengubah segalanya. Lelaki itu dalam diam mengambil berat dan membuatkan Marissa selesa. Namun, ada satu kebenaran yang membuatkan Marissa berjauh hati. Dia sudah tidak betah lagi untuk membuka pintu hatinya. Biarlah dia jalani hidupnya sendirian sahaja daripada terpaksa menerima kebenaran yang sangat perit. "Aku bukan seperti dia. Percayalah. Aku mampu berikan kau kebahagiaan." Ziyaad Uwais. ..................................................... Copyright © 2019 by thussss Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sebarang persamaan adalah kebetulan dan tidak disengajakan. Elemen sensitif di dalam cerita ini hanya hiburan dan teladan sahaja. Elemen sensitif juga tidak berniat untuk memprovok sebarang isu sensitif. Start : 21 March 2019 End :