THE POWER OF LOVE

TOLONG INDAHKAN TAKDIR KITA

thira jono

4.9

CERITA KITA TAK SAMA KADANG KITA TEMUI DERITA SEBELUM BAHAGIA. Kisah hidup Sheikh Luth Ali berubah setelah kematian abang kembarnya Sheikh Luthfi Alwi. Dia dipersalahkan atas kematian arwah abangnya. Ibu kecintaannya membenci dia hanya kerana satu dosa yang telah di lakukan. Hubungan Luth Ali dan Ibu semakin dingin dan meniti keretakan kerana hasutan dari abang Angkatnya sendiri, Sheikh Redza. Pelbagai cara dia cuba untuk menambat hati ibunya kembali tetapi semua itu tidak dipandang walaupun seinci. Saat dia mencari sinar Baru dalam hidupnya, muncul seorang gadis yang diberi Nama Laura Aurora. Gadis itu langsung tidak memandang keburukan dan kelemahan yang ada dalam diri Luth Ali sebaliknya dia berkawan dengan lelaki itu dengan penuh keikhlasan. Keikhlasan gadis itu membuatkan hatinya terpaut. Kerana ingin mengejar cita-cita Luth Ali terpaksa membawa diri dan meninggalkan Laura aurora kesepian tanpa dia di sisi. ? “Kau tunggu aku tau? Jangan cari lelaki lain pula. Balik-balik Malaysia aku terus melamar kau untuk aku. Itu janji aku.” SHEIKH LUTH ALI Kehadiran Nelly dalam hidup Luth Ali pula langsung tidak di alu-alukan. Suka menghuru-harakan kehidupan dia setiap kali berjumpa. Bagi dia, Nelly seorang gadis yang suka sakitkan hati dan egonya tinggi.? “Weyh,5 tahun lepas aku memang bencikan kau, tapi sekarang ini aku perlukan kau untuk selamatkan hidup aku. Kalau kau suruh aku masuk minang kaupun aku sanggup asalkan kau boleh selamatkan aku dari Redza. Aku tak mahu dia! Dia jahat.” –Nelydia Ulfa “Ibu sukalah Kalau kamu kahwin dengan Nelly tu. Waktu kamu tak ada, dia selalu teman ibu. Tak salahkan kalau dia jadi menantu ibu?” –Cikgu Sharifah “Awak dah lama cari redha dari ibu awakkan? Kalau dengan cara awak berkahwin dengan Nelly tu buat dia gembira, saya redha dan saya terima.” –Laura Aurora. Kekeliruan demi kekeliruan dalam hidup Sheikh Luth Ali semakin menerpa. Dia tidak tahu untuk memilih Antara Cinta dan simpati. Mampukah dia melupakan janji demi menyelamatkan Nelydia?Mampukah dia melukai hati wanita yang dicintai demi menjaga hati si ibu yang sudahpun menerima dia di dalam hati setelah bertahun membenci? Apakah cinta Luth Ali dan aurora punya titik nokhta? Apakah pengakhiran kasih Sheikh Redza terhadap Nelydia Ulfa? Perancangan tuhan sebaik-baiknya. Manusia mampu merancang, segala penentuan dari maha mencipta.

MAMAT SENGAL HATI TISU

thira jono

5

DAHLAH SENGAL... HATI TISU PULA TU... TAPI PERANGAI DIA HIBURKAN AKU... KALAU TAK ADA AKU JADI RINDU... "Saya duduk kawasan sini jugalah. Umur saya 24 tahun, saya dapat kerja dekat sini sebab saya lulus temuduga dan saya masih single." -ALTHAF haih, tak sangka aku akan ditakdirkan untuk berjumpa dengan insan bernama Althaf yang sejenis manusia yang sangat sengal dan kuat sentap! Hurgh, dia punya sentap mengalahkan perempuan. nak kata lembut tak lembut! aduih, tapi hati dia tu suci bersih sangat senang je terguris!! "Althaf? saya peninglah dengan awak! kenapa awak sengal sangat? bila orang cakap A maknanya A lah awak ikut! kalau orang buli awak langsung awak tak membantah." semua benda yang dia buat,semua aku rasa tak boleh nak rileks. gelabah je aku rasa. ada je hal yang dia buat boleh naikkan darah aku. haih bila ada pening bila tak rindu. bila ada sakit hati bila tak ada rasa jiwa yang rasa bosan nak mati tak ada dia. Tuhan jaga dia untukku.. 5 bulan je dia bertahan kerja dekat Violet marketing. kerana pertelingkahan kecil dia pergi. hurm.... hati memang macam tisu mudah sangat koyak. akupun tak faham... kenapa saat aku dah suka dia, dia pergi macam itu je? dia kata dia sukakan aku? tapi... mudah sangat dia pergi dan biarkan aku rindukan lelaki sengal macam dia. hurm betul ke dia sukakan aku atau dia saja nak buat aku angau dan jadi syok sendiri?! orang kata dari mata turun ke hati... tapi aku ni lain sikit... dari sengal dia hiburkan hati... dari ketawa menjadi cinta...

BLACK AND WHITE

thira jono

5

Tiara Jaslina... Dia terhimpit dengan dua jejaka dalam satu waktu. Yang seorang membuatkan dia sengsara suatu ketika dahulu. Nama di beri Nick Asytar. 10 tahun sudah berlalu. Tapi dendamnya masih kesumat dalam hati. Bila berjumpa nick asytar dia rasa macam nak tumbuk-tumbuk je mamat tu jadi sambal. Kisah hitam dan sejarah silam dalam hidupnya berlaku semua di sebabkan lelaki itu. Adakah kemaafan untukmu? Atau tiada maaf bagimu. Yang Seorang lagi pula kawan baik sejak zaman sekolah lagi. Macam drama melayulah clishe! Jadi kawan alih-alih tersuka tanpa sengajalah pula. Tersayang tanpa di pinta. Hati pula berbunga bila bersua. Nama di beri Farouk Zuhfi. Dialah satu-satunya manusia yang hadir dan temani Tiara Jaslina ketika gadis itu di hina dan di keji. Dia sanggup korban segalanya. Sweet si farouk pula memang sentiasa mencairkan hati. Kehadiran farouk zuhfi sentiasa terasa tenang seputih memandang awan. Tiara jaslina dah naik pening dengan hati sendiri. Dia bencikan nick asytar tapi hati tak boleh membenci sebab sikapnya yang kini. Dia sayangkan farouk zuhfi tapi hati sukar nak memberi cinta. Kenapa kau jadi begini wahai hati? "Aku kena tackle si tiara tu dulu! Kalau tak dia jatuh hati pula dengan si asytar tu. Ini tak boleh jadi ni. Kita fight!!" - FAROUK ZUHFI "Saya sayangkan awak. Kahwin dengan saya? Saya nak tebus semua dosa saya dengan menjaga awak hingga akhir nafas saya." - NICK ASYTAR Mampukah hati dia membuat pilihan antara dua jejaka? Adakah dendamnya terhadap nick asytar terlerai kerana cinta? Mampukah dia pendamkan perasaan hatinya untuk Farouk Zuhfi dan dibiarkan cintanya tergantung sepi begitu saja? Argh... Nak memilih cinta bukannya senang! susah susah...