CINTA PERTAMA
MOX
4.7
“Kemalangan jalan raya, diapun terlibat dalam kemalangan tu tapi terselamat”
“Emm, Sofia, mana kau tahu semua ni? Kau ada sembang dengan dia ke?” tanya Qisha was-was, dia memang sudah sedia maklum bahawa kawannya itu internet bergerak tapi kebenaran cerita itu tetap harus dipastikan terlebih dahulu.
“Tak adalah, aku google je kat internet. Mak dia aktivis terkenal, dia banyak tolong pengidap-pengidap HIV kat seluruh tempat. Lagipun, dah dua minggu dia duduk kat sini. Takkanlah kau langsung tak tahu” tanya Sofia tak percaya. Qisya pula ambil turn tersengih.