TERBARU

Monster Inside Him

Kyle

4.5

"Apa yang aku dah lakukan kali ini?" Soalnya penuh perasaan kesal. "Kau raksaksa! Kenapa? Apa salah kitorang hah?!" Marah mereka, ada yang menangis penuh dengan perasaan sedih dan marah. "Ini bukan kehendak aku..." - - - - - - - - - Dia Hariq... Dalam diam seorang pembunuh upahan. Atau lebih dikenali sebagai 'The Silent Killer,' tiada sesiapa tahu wajah sebenarnya kerana dia sentiasa memakai topeng atau kain putih. Bagi yang pernah melihat wajahnya akan berubah pucat, kerana mereka mengenali si dia... Sebelum ajal mereka bertemu. Pada waktu pagi dia dikenali sebagai seorang yang lemah dan sering dibuli. Namun, apabila malam menjelma, personalitinya berubah dan dirinya yang sentiasa beremosi berubah hilang perasaan. Tiada sesiapa tahu dia adalah 'The Silent Killer' yang terkenal itu. Dia akan membunuh sesiapa sahaja yang mengetahui identiti sebenarnya. Persoalannya adalah mampukah dia mempertahankan identitinya dari terus tersebar? Mengapa personalitinya berubah setiap kali malam menjelma? Adakah pembunuhan ini akan berterusan? Atau dihentikan oleh seseorang yang mampu mengawal dirinya? "Saya tak akan benarkan awak membunuh lagi! Percayakan saya Hariq!" - Rinali "Tak... Jauhkan diri kau dari aku! Cukuplah apa yang dah berlaku sekarang ini... Aku tak nak bunuh kau Rinali!" - Hariq "Siapa sebenarnya kau Hariq? Kau pembunuh bersiri tu bukan?" - Zaid "Mu-mustahil kau...- kau pembunuh tu!" - Lia "Lebih baik korang tutup mulut pasal ini kalau nak hidup lama." - Zane