Prolog

PROLOG

     "What is past is prologue." -William Shakespeare-

_______________________________________________

Shadiq Irsyad berlari ke arah ibunya yang berada di bilik tidur ibu bapanya. Dia memeluk ibunya yang sedang duduk di atas sofa. Ibunya membalas kembali pelukan anaknya dengan erat. Ibunya kemudian melepaskan pelukan lalu mengusap pipi anaknya.

   "Syad, kenapa ni ?" soal ibunya.

   "Mama, kenapa Syad tak boleh pergi sekolah macam orang lain ?" soal Shadiq dengan nada yang sedih. Setiap pagi dia akan menjenguk kanak-kanak yang sebaya dengannya pergi ke sekolah dari tingkap biliknya. Dia cemburu dengan kebebasan yang dimiliki oleh kanak-kanak lain.

   "Syad tak suka ke belajar dekat rumah ? Dekat rumahkan ada aircond. Lagi selesa. Kalau Syad pergi sekolah, nanti Syad penat. Tak ada aircond pulak tu! Duduk rumah je ye sayang ?" pujuk ibunya.

   "Tak nak! Syad nak sekolah juga! Syad tak ada kawan pun!" Shadiq menghentak kakinya.

   "Syad kan ada mama, kakak dan Cikgu Aida."

   "Syad nak kawan lelaki!"

   "Okay, okay. Nanti mama panggilkan cikgu lelaki untuk Syad." Ibu Shadiq memegang bahu anaknya untuk menenangkannya.

   "Tak nak!" Shadiq menepis tangan ibunya.

   "Sara!"

Ibu Shadiq memandang pintu bilik tidur. Suara lelaki yang dia takuti itu kini sedang menghampiri bilik tidurnya.

   "Syad, pergi masuk dalam almari baju mama. Jangan keluar sampai mama kata Syad boleh keluar okay ?" Shadiq mengangguk.

   "Now go." Shadiq segera berlari ke arah almari baju milik ibunya lalu masuk ke dalam almari itu. Dia menutup pintu almari itu dengan perlahan.

   Bum!

Sara segera bangun apabila melihat suaminya, Iskandar, melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Dia berjalan ke arah suaminya.

   "Ada apa abang cari Sara ?" Soal Sara.

   "Abang nak Sara sembunyikan Shadiq elok-elok. Nampaknya abang Hamdan macam dah tahu kewujudan Shadiq. Apa-apa pun kita kena berjaga. Kita tak tahu hal sebenar. Abang tak nak rancangan abang gagal kali ni." Iskandar berjalan ke arah sofa di tengah bilik tidurnya lalu duduk di atasnya. Sara memandang almari bajunya. Dia teringat kata-kata Shadiq yang mahu ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Sebagai seorang ibu, Sara juga mahu anaknya pergi ke sekolah seperti kanak-kanak lain. Dia mahu anaknya membesar dengan baik dan berada di sekeliling orang-orang yang baik yang mampu mengembirakan anaknya.

Sara memandang Iskandar yang sedang duduk di atas sofa sambil menonton televisyen. Sara perlahan-lahan mendekati suaminya.

   "Abang," panggil Sara dengan nada yang lembut.

   "Ye sayang ?" balas Iskandar sambil matanya masih melekat di televisyen.

   "Tadi Shadiq ada tanya dekat Sara."

   "Tanya apa ?"

   "Boleh tak Shadiq pergi sekolah macam budak-budak yang lain ?" Soal Sara. Mata Iskandar kini beralih pada mata Sara. Sara yang ketakutan terus memandang kakinya kerana tidak berani bertentang mata dengan suaminya.

   "Sara bukan apa cuma Sara kasihan dengan anak kita. Dia pun nak hidup macam budak-budak lain. Boleh tak abang tolak tepi plan abang tu demi kebahagiaan Shadiq ?" Soal Sara.

   "Tak boleh!" Jerit Iskandar.

   "Kau fikir senang ke nak dapatkan syarikat ayah aku tu ?! Si hingusan tu tak ada kena-mengena dengan hidup aku! Aku suruh kau lahirkan dia supaya dia jadi objek yang dapat bagi aku waris syarikat ayah! Takkanlah benda kecik ni kau tak faham!" Iskandar merengus.

   "Tapi abang, Shadiq tu anak kita! Tolonglah pertimbangkan." Sara melutut di hadapan Iskandar. Kali ini dia tidak akan berdiam diri. Dia harus mengubah nasib anaknya.

   "Kau sayang aku ke budak tu ?" Sara mendongak kepalanya memandang Iskandar yang berdiri di hadapannya.

   "Abang, janganlah buat Sara macam ni." Iskandar menarik rambut Sara membuatkan Sara berdiri.

   "Jawab soalan aku."

Sara menoleh ke arah almari bajunya. Apakah yang dia harus lakukan ? Dia sayang kedua-duanya. Mata Sara beralih pada suaminya yang masih memandangnya dengan tajam.

   "Abang, Sara sayang abang dengan Shadiq. Sara tak boleh berpisah dengan abang dan Shadiq." Iskandar melepaskan rambut isterinya. Dia mengusap pipi isterinya dengan lembut.

   "Kalau Sara sayang abang, please, support abang. Sara tahukan abang pun sayangkan Sara. Sara lah nyawa abang." Iskandar menarik tangan Sara ke mulutnya dan menciumnya.

   "Abang, kalau betul abang sayangkan Sara, do me a favor."

   "Apa dia ?" soal Iskandar.

   "Lepaskan Shadiq dan Sara akan berada di sisi abang selamanya."

Iskandar melepaskan tangan Sara dengan kasar lalu menamparnya sehingga Sara terjatuh ke atas lantai.

   "Kau memang tak faham bahasa kan ?" Iskandar mengambil tali pinggang di dalam almari bajunya lalu melipasnya ke badan Sara.

   "Abang! Sakit abang! Tolong jangan pukul Sara!" rayu Sara.

   "Rasakan! Biar kau sedar sikit benda merepek yang kau cakap dekat aku!" Iskandar melibas isterinya berulang kali.

Setelah puas memukulnya, Iskandar menyimpan kembali tali pinggang di dalam almari bajunya. Iskandar berjalan ke arah sofa dan duduk di atasnya. Dia kembali menonton televisyen seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sara perlahan-lahan bangun lalu berdiri menghadap pintu biliknya.

   "Kalau abang tak nak lepaskan Shadiq," Sara pusing menghadap Iskandar yang sedang menonton televisyen.

   "Biar saya yang beritahu semua orang yang Shadiq tu anak saya!" Sara berlari ke arah pintu biliknya. Iskandar segera bangun lalu mencapai pisau lipat di dalam almari. Dia menangkap Sara lalu menikamnya di perut. Sara memegang baju suaminya untuk menahan diri daripada jatuh.

   "Sorry Sara. Sara yang paksa abang buat macam ni. Sara tahukan abang sayang Sara. So abang akan lakukan apa yang Sara inginkan. And this is what you want." bisik Iskandar.

Iskandar menarik pisau lipat miliknya keluar dari perut Sara lalu mencampakkannya ke atas sofa. Iskandar menolak tangan Sara yang mencengkam bajunya. Sara terjatuh ke atas lantai dan terbaring di situ sambil menahan kesakitan.

   "Good night sayang." Iskandar mencium dahi isterinya. Dia kemudian berjalan ke arah sofa lalu kembali menonton televisyen seperti tiada apa-apa yang berlaku.

   "Mama..."

Segala perkataan dan perbuatan yang berlaku di dalam bilik itu telah didengari dan dilihat oleh Shadiq. Shadiq perlahan-lahan keluar dari almari baju ibunya lalu berjalan ke arah ibunya yang terbaring kaku di atas lantai. Shadiq memandang ibunya yang berlumuran darah.

   "Mama..." Shadiq terus-menerus memanggil Sara tetapi tidak disahut olehnya. Air mata mula bergenang di matanya melihat ibunya yang tidak bergerak langsung. Shadiq memeluk Sara dengan erat.

Iskandar memandang anaknya yang memeluk isterinya sambil menangis.

   "Shadiq, jangan menangis. Mama pura-pura je tu. Papa tak tikam kuat pun." Iskandar tersenyum lalu kembali menonton televisyen.

Tiba-tiba bilik itu menjadi sunyi sepi. Iskandar memandang Shadiq yang terduduk di tepi Sara sambil kepalanya tertunduk.

   "Shadiq ?" Panggil Iskandar. Tetapi tiada sahutan.

Iskandar yang cemas melihat objek yang menjadi kunci kejayaannya terkaku terus bangun lalu berjalan ke arahnya. Iskandar menepuk bahu Shadiq perlahan-lahan.

   "Shadiq, Shadiq mati ke ?"

Shadiq perlahan-lahan menggeleng kepalanya. Iskandar melepaskan keluhan.

   "Papa ingat Shadiq mati tadi." Iskandar berjalan kembali ke tempat duduknya tadi.

   "Dah! Jangan dekat dengan mama. Mama kotor tu. Tunggu mama mandi dulu baru Shadiq main dengan mama. Mari duduk dekat papa." Iskandar mengambil remote tv dan menukar siaran lain.

Shadiq bangun lalu berjalan ke arah bapanya. Dia berdiri di hadapan bapanya sambil tersenyum lebar. Iskandar yang melihat Shadiq tersenyum lebar terus menganggap yang Shadiq suka melihat ibunya mati.

   "Shadiq suka mama terbaring macam tu ?" Soal Iskandar. Shadiq mengangguk perlahan.

   "Baguslah. Sebab lepas ni mama akan terbaring selamanya. Suka tak ?" Shadiq tidak membalas soalan bapanya tetapi dia masih tersenyum lebar.

   "Papa,"

   "Ye ?" Iskandar mengangkat keningnya.

   "Kenapa papa nak rahsiakan tentang kewujudan anak papa daripada semua orang ? Bukan ke bagus kalau anak papa muncul depan semua orang ? Biar semua orang tahu yang anak papa akan mewarisi syarikat atuk." Iskandar tersenyum mendengar kata-kata Shadiq. Dia menggosok kepala Shadiq.

   "Bijak anak papa ni. Tapi, kalau papa tunjuk dekat semua orang yang papa ada anak, mesti diorang akan prepare untuk buat counterattack. Jadi bila diorang tak tahu yang Shadiq wujud, diorang tak akan kacau papa dan anggap papa ni bukan lawan diorang padahal papa ada senjata yang dapat menjatuhkan diorang iaitu Shadiq."

   "Wow! Bijaknya papa!" Shadiq menepuk tangannya. Iskandar yang gembira melihat reaksi Shadiq terus mendepakan tangannya untuk memeluk Shadiq.

   "Come on! Give me one hug!"

Shadiq berlari ke arah bapanya lalu memeluknya dengan erat.

   "Papa nak tahu sesuatu tak ?" soal Shadiq.

   "Apa dia ?"

   "Papa memang bijak. Tapi saya lagi bijak dari papa." Iskandar mengerut dahi.

Shadiq mengambil pisau lipat yang berada di tepi bapanya lalu menikam bapanya dari belakang berkali-kali. Iskandar menolak Shadiq menjauhinya. Dia memegang perutnya yang berlumuran darah.

   "Apa yang kau buat ni Shadiq ?!" jerit Iskandar. Shadiq tersenyum lebar sambil memegang pisau lipat milik bapanya.

   "Sorry, Shadiq is not here. I'm Nazmi."