BAB 1

“ WOIIIII ANAK DARA!!”

‘’Mak tokek pecah sembilan!’’ Hahhh begitulah dashyatnya aku melatah tak hingat dunia. Hampir terlepas telefon di tangan saat mendengar suara yang menjerit di hujung talian. Terasa pekak seketika telinga mendengar suara nyaring itu.

“ Tak payahlah kau nak menjerit macam tu sekali, Raudhah. Sakit telinga aku, kau tahu tak? Kalau pekak telinga aku ni, sanggup kau bayar ganti rugi?” aku mengugut, sekadar cuba menutup kesilapan dek kealpaan mengelamun ketika bersembang dengan sahabat sendiri.

“ Kau ingat aku peduli? Siapa suruh kau mengelamun masa tengah sembang dengan aku? Kau ingat aku tak tahu lah kan kau mengelamun? Dah lah Anis.. apa sangat yang meresahkan jiwa sahabat baik aku ni? Story lah kat aku selaku sahabat dunia akhirat mu ini..”

“ Tak ada apalah wei. Sibuk je kau ni,”

“ Amboi, yang kau cakap penyibuk ni lah yang selalu ada untuk kau, tahu? Eh, by the way, berbalik pada tujuan aku telefon kau. Amacam? Nak join tak?”

Aku melepaskan keluhan. Kembali melayan fikiran tentang permintaan sahabatku ini. mengikut sistem yang telah dibuat dua tahun yang lalu, kali ini adalah giliran Raudhah dan Amieza untuk menguruskan majlis ‘reunion’ kelas kami. Aku pula sudah menguruskannya sejak empat tahun lepas sebelum meletakkan jawatan ‘sukapaksa’ itu atas persetujuan ramai.

“ Nantilah aku beritahu. Kalau tak bercanggah dengan jadual aku, insha Allah, aku datang. Aku minta maaf kalau tak dapat..”

“ Nonsense, girl! Aku dah aturkan jadual seeloknya kau tahu tak? Majlis kita ni langsung tak bercanggah dengan jadual kau. Kau ingat, kau ni belajar oversea ke, dear? Jadual kau lebih kurang sama dengan aku, okey? Merepek apa?”

Aduh! Bagaimana aku boleh lupa tentang perkara itu? Apa lagi alasan yang aku ada untuk menolak permintaan Raudhah? Praktikal? Raudhah sudah sedia maklum yang aku hanya akan berpraktikal tahun hadapan, dan majlis itu pula akan dibuat cuti semester akan datang!

“ Er.. erm..”

“ Tak payah nak cari alasan lagi kalau kau tak nak aku merajuk setahun dengan kau. Baik kau datang kalau kau tak nak aku tunaikan kata-kata aku tu. Nanti dah settle semua, aku info dekat kau fasal majlis tu. Bye, dear. Assalamualaikum,”

“ Waalaikumussalam,” aku memandang sepi telefon itu saat salam Raudhah dijawab. Mampukah aku untuk menapak ke majlis itu setelah apa yang terjadi? Bagaimana aku mahu menjawab pertanyaan rakan-rakan sekelas andai aku dilihat sendiri tanpa ditemani dia? Atau lebih malang lagi, andai kami hadir berasingan ke majlis itu? Aduh, Raudhah memang bikin jiwa ini kacau!!