Bab 1

10:00 AM

MALAYSIA

MATAHARI beransur naik tinggi di langit memancarkan cahayanya ke segenap ruang bumi. Pagi itu, semua penduduk Malaysia menyangka bahawa hari itu merupakan hari yang sinonim dan septikal dengan kehidupan seharian mereka, membosankan dan juga meletihkan.

Mereka masih belum menyedari akan perubahan geografi yang sedang melanda negara mereka. Sebuah pulau yang dilindungkan oleh tuhan kepada kewujudan daripada pengetahuan mereka kini sedang mula muncul secara diam-diam di tengah-tengah lautan yang bergelora.

Pulau yang menyimpan khazanah alam yang telah wujud sejak dahulu kala. Khazanah yang dahulukala mengusai permukaan bumi ini sejak sebelum kewujudan makhluk bijaksana yang bernama manusia.