Author's Word

Manusia ialah makhluk yang berhawa nafsu tinggi. Fakta benar yang tidak dapat dinafikan. Manusia sering kali ingkar dan lalai dalam menjalani perintah Allah.

Begitu sibuk mengejar kemewahan dunia sedangkan disini cuma semetara manakala di sana adalah selama lamanya.

Banyak jenis makluk yang hidup bersama dengan manusia di muka bumi ciptaan Allah yang luas ini. Termasuklah 'hantu'.

Hantu atau bahasa saintifik, makhluk halus merupakan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh sesetengah manusia. Lebih tepat majoriti.

Manusia yang dapat melihat makhluk halus dianggap 'special'.

Namun siapa sangka dengan dapat melihat makhluk halus ciptaan Allah, hubungan Helena dengan keluarga semakin renggang.

Makhluk halus sebernanya berada dekat dengan kita, manusia. Sayangnya, hijab kita tertutup membolehkan kita tidak berupaya melihat makhluk halus melainkan manusia yang 'special'.

Malaikat mempunyai akal yang dikurniakan oleh Allah namun tiada otak yang menyebabkan malaikat tidak mempunyai nafsu seperti manusia yang jahil. Malaikat patuh akan perintah Allah.

Manusia mempunyai akal dan otak yang terkandung nafsu. Namun manusia tidak mengawal atau menjaga dengan baik.

Binatang pula mempunyai otak tapi tidak mempunyai akal untuknya berfikir. Jadi, manusia selalu dibandingkan dengan binatang.

Bak kata orang, tiada siapa yang sempurna melainkan Dia...................

*****
Helena: Jujur aku katakan. Siapa yang hijabnya tidak terbuka beruntung sangat. Aku cuba menjadi normal tetapi aku tidak bisa menutupinya. Hajatku cuma satu. Biarkan aku hidup normal..

*********************************************
Cerita ini ialah cerita benar yang dihadapi oleh miss sendiri dan seluruh family sendiri. Cuma diubah suai seperti watak, perangai namun jalan cerita kampung adalah BENAR.

Miss cuma menulis luahan isi hati yang selama ini terkandung didada. Tidak dapat diluahkan melalui mulut tapi penulisan.

Al-Fatehah buat mereka yang telah pergi dalam cerita ini....Buat atok dan nenek yang berada di alam sana.

Dengarlah wahai manusia.. Selami kisah miss yang miss pernah lalui. Betapa peritnya menjadi 'Helena'. Semoga kisah miss dapat sampai ke kalbu kamu.

Untuk Atok dan nenek...