BAB 01 Cuma Fokus Pada Yang Lebih Baik

"Wey!!! Kau ni kenapa Eyza?? Aku cakap dengan kau ke dengan tiang eh??", sergah Dania Farhanim.
Naik berang apabila Eyza Adriana tidak mempedulikannya bercerita tentang Tazwin Iqbal yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan di sekolah mereka. Wajah tampan,tinggi,berlesung pipit dan berkulit cerah.
"Kau ni tak habis-habis nak bercerita hal Tazwin tu. Bukannya handsome mana pun. Bukan taste akulah, babe".
Panas hati Dania Farhanim dengan respon sahabat karibnya itu.
"Kau memang, Eyza. Tak habis-habis menghadap buku je. Sekali-sekala tu cubalah tengok keindahan ciptaan Allah kat Tazwin tu? Dahla handsome,pandai dan atlet sekolah tu, babe. Siapalah yang tak gilakan dia wey.." Matanya tak lepas pandang menatap wajah pujaan hatinya itu. Eyza Adriana hanya menggelengkan kepala melihat karenah sahabat baiknya yang memiliki wajah yang comel dan badan yang kecil molek.
"Dania,kita ni tak lama lagi nak trial STPM tau. Apalah yang kau dapat tak habis-habis mengkaji tentang mamat tu? Bukan ada masuk dalam exam pun soalan tentang diri dia. Cuba fokus untuk perkara yang lebih berfaedah tak boleh ke? Mak ayah kita hantar kita pergi sekolah ni untuk tuntut ilmu demi masa depan weh. Bukan hantar kita untuk mengkaji hal mamat yang bajet perfect for everything tu", pedas kata-kata Eyza Adriana untuk menyedarkan Dania Farhanim tentang matlamat mereka berada di sekolah.
" Fuh!! Kau ni bila dah bercakap kalah Cikgu Syukri. Hihihi. Oklah,oklah. Jom study", Dania Farhanim tersengih-sengih macam kerang busuk bila Eyza Adriana cuba memotivasikan dirinya.
Petang itu mereka menghabiskan ulangkaji di perpustakaan sekolah selepas pergi ke kelas tambahan Matematik. Eyza Adriana merupakan salah seorang pelajar harapan sekolah untuk memiliki keputusan terbaik STPM bagi tahun ini. Dia juga merupakan satu-satunya harapan keluarganya.

"Babe, kau nak balik terus ke lepas kita habis study ni?". Soal Dania Farhanim.
" Yelah, babe. Aku nak baliklah. Kenapa?". Ringkas sahaja jawapan Eyza Adriana.
"Aku nak tengok Tazwin main basketball. Nak ikut tak?". Dania Farhanim tersengih-sengih sambil mengenyit mata nakal kepada Eyza Adriana.
Eyza Adriana hanya menjeling malas sahaja.
" Wey,babe!! Dengar tak?", agak bengang Dania Farhanim dengan respon sahabatnya. Eyza Adriana hanya menggalas beg di bahunya dah berlalu pergi dari Dania Farhanim.
Dania Farhanim tetap mengekori langkah Eyza Adriana.
"Babe, jomlah teman aku. Pleaseee!!!", Dania Farhanim mula cuba meraih simpati Eyza Adriana untuk menemaninya.
"Ok,ok..", Eyza Adriana hanya menurut sahaja permintaan Dania Farhanim dan terus ke gelanggang bola keranjang sekolah mereka. Tak terkira gembiranya hati Dania Farhanim bila Eyza Adriana menurut kehendaknya.
Tazwin Iqbal memang akan menghabiskan masanya di gelanggang bola keranjang selepas habis kelas tambahan di waktu petang. Dia merupakan Ketua Pelajar di sekolah mereka. Dia juga merupakan pelajar dan atlet harapan sekolah yang sebaris dengan Eyza Adriana.
Eyza Adriana pula merupakan Penolong Ketua Pelajar, atlet olahraga dan bola jaring di sekolah mereka tetapi dia mengurangkan aktiviti-aktiviti di padang sekolah demi memberikan tumpuan yang lebih untuk menduduki peperiksaan percubaan STPM tidak lama lagi.