Bab 1

Ibu-ibu bapak-bapak
Siapa yang punya anak
Bilang aku aku yang tengah malu
Sama teman-temanku
Karna cuma diriku yang tak laku-laku

***
Pengumuman-pengumuman
Siapa yang mau bantu
Tolong aku kasihani aku
Tolong carikan diriku kekasih hatiku
Siapa yang mau
***
Kasihan dan lawak pun ada setiap kali aku mendengar lagu Wali Band ni, mana taknya nampak sangat desperate dan redha je terima jodoh dari mana-mana.

Hmmm Senang cerita, kalau dengan usaha pasti kau akan dapat yang terbaik, tapi kalau kau pilih aku, Inshaallah, dengan izin dariNya, aku boleh carikan kau calon yang gred AA punya!

*****

“ Congratulations! Cik Farah. Seperti yang dijangka sekali lagi awak jadi ‘The Best Matchmaker’.” Luah Puan Maria.

Alhamdulillah, aku tersenyum bangga. Yes…sekali lagi aku menjadi The Best Matchmaker. Tak sangka usaha aku selama ini terbalas. Kerja sebagai Matchmaker memang memerlukan masa yang agak lama juga. Hari-hari aku terpaksa berdepan dengan klien yang cerewet. Nak tahu sebab apa?

JODOH MILLIONAIRE SDN BHD..itulah nama syarikat aku.

Sudah terang lagi bersuluh…dah nama syarikat aku ni Millionaire, so kami hanya melayan klien yang bertaraf jutawan ke atas saja..ok. Gaya dah macam rancangan reality THE MILLIONAIRE MATCHMAKER la pulak dalam saluran BeTV 721.

“ Terima kasih Puan. Saya berjanji saya akan berusaha lebih kuat lagi. “ aku bersalaman dengan Puan Maria
.
“ Bagus tu. Saya hargai usaha awak. So, sebagai penghargaan..saya akan tambah bonus dalam gaji awak.” Ucap Puan Maria yang berketurunan cina itu.

“ Terima kasih sekali lagi Puan.” Aku memohon untuk keluar dari biliknya. Yahoooo…aku dapat bonus lagi. Gembiranya aku. Aku melangkah keluar dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Aku melemparkan lagi senyuman kepada semua staf yang lain.

“ Tahniah..Farah. Hebatlah kau. Dua kali berturut-turut kau dapat pegang title The Best Matchmaker of the Month.” Kata Nita yang duduk berhadapan dengan aku.

“ Thanks. Aku bersyukur juga sebab dapat lagi sekali gelaran tu. Tapi, aku ni bekerja bukan semata-mata nak dapatkan gelaran tu saja. Aku memang ikhlas nak jadi pencari jodoh yang terbaik untuk semua klien kita.”

“ Aku tabik spring…la dengan kau ni. Kalau macam tu, boleh belanja makan tak?” usik Nita.

“ Of course.” Jawabku segera.