BAB 1

“Aku nak kau buat sesuatu untuk aku.’’ Arahku.

‘’Apa dia?’’

Lama aku mendiamkan diri secara tak sengaja membuatkan dia tercengang dalam kebingungan menunggu aku menyambung kata-kata ku.

‘’Aku nak kau pinang aku. Aku nak kahwin dengan kau.”

Lelaki kat depan aku terus membulat matanya dan bangun dari duduknya, macam aku baru je jatuhkan hukuman mati je pada dia. Alahai, muka je macho, tapi lemah semangat! Nasib tak pengsan kat sini.

“Kau dah biul ke apa?!”

“Ada kau nampak macam aku ni biul ke? Aku waras lagi ni. Dah, kau balik sekarang dan suruh mak kau datang rumah aku. Datang malam ni pun tak apa. Minggu depan kita nikah, lagi cepat lagi bagus!”

Aku masih lagi mengekalkan muka serius aku dan mamat ni masih dengan riak wajah yang.. ah, susah aku nak gambarkan dengan kata-kata muka dia sekarang! Macam dia pulak aku rasa dah biul! Haha!

Aku dah angkat kaki lalu sarung balik topi putih atas kepala aku, sementelah aku masih lagi sarung uniform kerja aku yang warna putih jugak.

“Ayuni..!” Aku berhenti melangkah dan toleh ke belakang.

“Apa aku dapat kalau aku kahwin dengan kau?” Aku senyum.

“Kau akan dapat anak free?” Kataku sambil tepuk perutku. Dia dah makin meroyan. Tak tahan pulak aku nak tergelak. Haha.

“Apa yang lawak sangat sampai kau gelak pulak ni?!” Dia dah menyinga dan berjalan menghampiri aku.

“Muka kau.. kelakar sangat! Boleh ubah ekpresi muka kau tak? Haha!” Ops, bergegar pulak kedai makan ni dek kerana kuatnya aku gelak!

“Hey, jangan main-main lah!” Telunjuk dia dah dekat dengan muka aku, tunggu masa aku nak gigit je!

“Ok, ok.. sorry! Aku bohong je. Tapi part aku nak kahwin dengan kau, aku betul serius. Dan, kau akan dapat kahwin dengan Maya. Kekasih awal dan akhir kau!”

“Kau kenal Maya?” Aku cebik.

“Satu airport kenal dia! Tapi, tak apa. Kau simpan dulu duit dan angan-angan kau, sikit masa nanti dia sendiri akan pinang kau! Amacam.. deal?” Dia berfikir lama.

Dan kemudian dia senyum. Sumbing.

Muhammad Fareed bin Syukri. Aku pernah kenal mamat ni 18 tahun lepas. Masa tu kami berjiran dan kami sekolah rendah sesama. Abah kami polis, jadi dah biasalah kalau kena pindah. Kami lost contact, tapi mak-mak kami masih keep in touch. Tapi, aku hanya sempat jumpa mak dia je, kali terakhir minggu lepas. Dia ni, sekarang baru aku jumpa balik, selepas kali terakhir aku jumpa dia yang masih duk lap hingus pakai hujung kemeja je. Euw?? Selekeh.. tapi, mana sangka sekarang dah kacak bergaya!

Kenapa aku pilih dia dan kenapa aku nak kahwin? Sebenarnya, ini adalah keputusan terbesar yang aku buat dalam hidup walaupun nampak macam aku selamber je dengan rancangan aku.

Sebagai seorang anak sulung dalam keluarga, aku sekarang dah selayaknya jadi ketua keluarga untuk mak dan adik perempuan aku satu-satunya, bila abah pergi meninggalkan kami untuk selama-lamanya masa aku baru je habis final exam tahun kedua kat uni. Abah accident masa kerja. Adik aku, Ayesha masa tu baru nak ambil exam UPSR. Dia memang manja dengan abah, jadi bila abah dah tak ada, memang aku yang manjakan dia. Segala pasal dia, memang aku akan beralah dan aku akan turutkan. Eh, jentik dia pun aku tak pernah tau.. apatah lagi marah dia.

Tapi, bila Ayesha dah nak kahwin dan datang hajat dia suruh aku kahwin dulu sebelum dia, aku dah mati akal. Alasannya tak nak langkah bendul, tapi masalahnya kenapa kau nak kahwin awal sangat, sengal?!