BAB 1

“Kau ni, dari dulu lagi aku dok perhatikan kau. Cuba bagitau aku, kau ada apa-apa masalah ke dengan aku ni??” Tanya Tok Mat kepada Wak Bon yang sedang duduk termenung di bangku depan rumahnya. Riak wajahnya seolah-olah mempunyai masalah besar. Tok Mat hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Wak Bon diam membisu.

Mungkin dia sedih sebab lembu kesayangan dia dah tak ada. Maklumlah dia jaga lembu dia dah macam anak dia sendiri. Fikir Tok Mat. Dia kemudiannya duduk di sebelah Wak Bon sambil memicit-micit bahunya.

“Ala, Bon. Kamu patut bersyukur sebab dapat buat ibadah korban. Kamu jugak yang dapat pahala. Bukan orang lain. Dah, dah, tak malu ke kamu ni tua-tua merajuk?” Pujuk Tok Mat. Wak Bon hanya memandang sinis.

“Bukan itulah. Aku risau tentang anak kamu tu, Mat.”

“Kenapa dengan anak aku, Bon?”

“Sebab tahun ni adalah raya terakhir dia.”

Tok Mat terkejut bukan kepalang bila mendengar kata-kata Wak Bon. Dia tidak tahu pula anak dia ada penyakit atau apa-apa. Kalau ada pun, sudah tentu Tok Mat adalah orang yang pertama tahu daripada anaknya sendiri, Rusyidah. Tok Mat cuba menenangkan dirinya.

“Kau biar betul ni, Bon? Kamu jangan cuba buat cerita, kalaulah memang betul dia ada penyakit, aku selaku ayah dia adalah orang pertama yang patut tahu tentang hal ni!”

“Tanya anak kau sendiri. Tak pun tanya Razi.”

“Apa kena mengena dengan Razi?”

“Kau tanyalah dia. Dia tahu semuanya.”