Permulaan bagi setiap kisah

Hari semakin senja, hanya menanti untuk si penyuluh bumi gelincir dari landasannya...Persekitaran berubah kelam...Tiada lagi cahaya matahari yang menerangi permukaan bumi...Disebalik kelam malam, masih berdiri seorang insan yang bergelar bapa menanti akan kepulangan anaknya yang tercinta...
Hanya bunyian dari serangga liar menjadi melodi bagi dirinya untuk terus menanti.

Mulianya hati seorang insan yang bergelar bapa...sudah tidak terdaya bagi kakinya menampung beban...Insan ini merehatkan kakinya. Hanya duduk bersandar pada sebatang pohon yang sudah menjadi sahabat baik bagi dirinya. Air mata sudah kering untuk terus mengalir membasahi pipinya. Wajahnya tercoret berjuta kekesalan.

Sakunya diselup....Daun nipah yang diikat rapi dengan getah gelang dikeluarkannya. Dipilih dahulu daunnya,dilurut pula dari gulungannya. Kini satu bungkusan yang dibalut bersama akhbar lama dikeluarkannya. Bungkusannya dibuka, dicarik darinya tembakau jawa untuk disulam bersama daun nipah. Terhasillah sepucuk rokok balutan tangan ...
Percikan api terhasil dari geseran mancis...tiada api yang dapat dinyalakan...kerana angin mungkin...

Insan ini kembali bermenung...Sekecil-kecil perkara tidak lagi mampu dilakukannya. Tubuhnya sudah dimamah usia. Umur menjadi mimpi ngeri baginya. Tiada lagi daya, mahu upaya...Keluhan kecil dari hatinya dapat dilihat dari wajahnya.

Pemetik api dihulurkan...agak kurang senang kerana ianya dari tangan kiri...Perkataan maaf disusuli pelawaanku padanya.

"terima kasih"

Hanya perkataan itu sahaja mampu ku dengari. Pemetik apiku lesap bersama asap rokok yang dihembusnya. Mungkin sudah terbiasa bagi dirinya...Aku tidak menyalahkannya, insan tua yang kurang daya ingatannya.

Sepertinya insan ini sukar untuk didekati. Sapaanku hanya sia-sia. Kemungkinan dia tidak mahu untuk diganggu.

"Hari sudah gelap, pulanglah!"

Aku hanya menganggukkan kepala dan terus berlalu dari situ.
"Mungkin aku hanya perlu meneliti kain ku
sendiri."

Langkah diatur menuju ke kenderaan. Setiap langkah yang diambil terasa begitu lama. Masa seolah-olah terhenti pada tika itu. Terlalu banyak persoalan yang menyelubungi minda.

"Adakah aku masih terkesan dengan tingkah laku insan tua itu."

Rokok dikuarkan dari saku kecil. Mengharap secebis ketenangan dapat diperolehi.

Diketika sebatang rokok berada dimulut...Tangan masih tercari-cari dimana letaknya pemetik api. Semua saku sudah diperiksa. Langkah kini terhenti, sudut pandang beralih ke arah insan tua itu tadi.

"Dia sudah pulang mungkin"

"Apa gunanya sebatang rokok tanpa pemetik api"