BAB 1

Perhatikan dunia sekelilingmu? Apa yang kau lihat? Dunia itu di definisikan sebagai tempat di mana berkumpulnya pelbagai jenis hidupan, paling utama memainkan peranan ialah manusia, manusia itu di cipta pelbagai perangai dan sifat. Ada diantaranya berkelakuan dan berperangai pelik, essentrik dan di luar kotak, dan kualiti itu yang ditemukan oleh Mikaela atau Mika. Pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal tahun pertama.

Tujuh hari Mika menjalankan orientasi di universiti ini dan tiada apa yang mengejutkan bagi Mika kerana pada zaman dia bersekolah dulu dia sememangnya sudah lali dengan orientasi memandangkan dia bersekolah asrama. Berketinggian 180cm dan mempunyai raut wajah agak matang membuatkannya di salah tafsir sebagai pelajar senior, satu bonus baginya kerana tiada siapa berani mahu berbuat apa padanya.

Raut wajah matang itu langsung tidak mencerminkan perangainya yang keanak-anakan dan suka bergurau. Susah untuk dia mengeluarkan sifat semulajadinya jika dengan manusia yang baru dia kenal, siapa yang sudah biasa dengan Mika tahulah betapa gilanya perangainya. Mika keluar kelas, hari itu hujan agak lebat lalu dia keluarkan payung untuk berjalan pulang ke kolejnya, jarak antara kolejnya dan fakulti tidaklah dekat, kebanyakkan pelajar akan menaiki bas untuk pulang ke kolej masing-masing tapi Mika lebih suka berjalan fikirnya untuk menyahut cabaran dari negara timur iaitu Jepun, 10,000 langkah sehari untuk gaya hidup yang sihat.

Dari pagi lagi Mika sudahpun membuka pedometer yang berada di handphone nya, kalau tidak cukup 10,000 langkah sehari dia akan berjogging pula pada waktu petang. Mika terus berjalan, tiba-tiba dia melihat Akhbar yang kerisauan memandangkan bas sudahpun mahu tiba ke tempat menunggu bas, Mika lihat sekeliling langsung tiada siapa yang ada payung mahu harapkan budak lelaki yang lain masing-masing dengan fikiran mahu menjaga imej masing-masing katanya tidak macho kalau bawa payung ke mana-mana hanya Mika saja punya fikiran yang lain dari mereka, fikiran kolot yang sering di amalkan oleh remaja Malaysia pada masa kini.

“Nah, aku payungkan kau,ni la budak lelaki zaman sekarang dah hujan baru nak gelabah cari payung takut sangat imej jatuh,” Mika pelawa Akhbar payungnya dia tinggikan suara agar budak lelaki yang tak di kenalinya di belakang mereka itu terasa. Merupakan pelajar yang agak pendiam dan pelik, itu tanggapan pelajar lain terhadap Akhbar