Bab 1

Tengku Hannah Naura. Gadis yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang mama. Mamanya, Tengku Marisa telah berlaku curang dengan papanya, Tan Sri Hisham sewaktu syarikat papanya hampir bankrupt. Tengku Marisa memberi alasan yang dia tidak sanggup hidup susah dan sanggup tinggalkan anak anaknya hanya semata semata untuk hidup mewah bersama lelaki itu. Apa yang lagi menyakitkan ialah apabila dia kata yang dia mengahwini Tan Sri Hisham hanya disebabkan harta bukan atas dasar cinta dan dia juga tidak mengaku yang Hannah itu anaknya dan menganggap Hannah sebagai pembawa malang. Hannah ditinggalkan selepas beberapa bulan dilahirkan.

Sejak peristiwa hitam itu, Tan Sri Hisham bangkit dari kegagalan demi untuk membesarkan anak anaknya yang masih kecil dan berkat usaha gigihnya kini, dia berjaya membangunkan semula Naufal Holdings yang hampir bankrupt dahulu. Tan Sri Hisham membesarkan anak anaknya seorang diri selama 3 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin semula dengan bekas kekasihnya sewaktu di universiti dahulu, Nadia. Mereka terpaksa berpisah kerana ibu Tan Sri hisham ingin mengahwinkan Tan Sri Hisham dengan calon pilihannya sendiri iaitu Tengku Marisa.

Setelah apa yang berlaku pada diri Tan Sri Hisham, ibunya Puan Sri Helena meminta maaf dan asyik menyalahkan dirinya sendiri. Dia sendiri tak menyangka yang menantu dia itu sanggup berbuat demikian kerana selama ini depan dia menantu dia baik baik saja.Rupa rupanya menantu dia mengahwini anaknya hanya disebabkan harta mereka. Namun apakan daya, tidak ada gunanya menyesal kerana semua dah berlaku. Tidak boleh putarkan masa kembali. Hidup mesti diteruskan. Dia perlu kuat untuk anaknya dan cucu cucunya yang masih kecil.

Selepas Tan Sri Hisham bercakap yang dia mahu
berkahwin dengan pilihan hatinya. Ibunya, Puan Sri Helena amat bersyukur kerana pintu hati anaknya terbuka kembali kepada wanita. Sekurang kurangnya cucu cucunya dapat merasa kasih sayang seorang ibu walaupun daripada mama tiri. Dia tidak kisah siapa pun bakal menantunya asalkan dia boleh jaga anaknya dan sayang cucu cucunya seperti anak sendiri itu pun sudah cukup.

Namun, perkahwinan itu ditentang hebat oleh anak anak lelakinya iaitu Tengku Harriz Naufal, Tengku Harraz Naufal, Tengku Hazran Naufal dan Tengku Hazriq Naufal walaupun pada waktu itu mereka masih kecil. Mereka tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Akan tetapi, Tan Sri Hisham tetap meneruskan perkahwinannya dan dia sangka yang anak anaknya akan dapat terima Nadia sebagai mama tiri selepas mereka berdua kahwin. Tetapi, sangkaannya salah sama sekali. Nadia dilayan dengan dingin oleh anak anak lelakinya dari kecil sehingga besar. Hanya Hannah yang rapat dengan Nadia. Mungkin kerana Hannah ingat Nadia itu mama kandungnya.

Ya, Hannah tidak pernah tahu yang Nadia itu bukan mama kandungnya.Hannah tidak tahu apa pun tentang mama kandungnya. Tan Sri Hisham tidak pernah beritahu Hannah tentang kebenarannya dan dia juga melarang anak anak lelakinya beritahu perkara sebenar. Tan Sri Hisham tidak mahu lihat anak daranya yang selalu dia cuba untuk bahagiakan kelihatan sedih apabila dapat tahu yang mama kandung dia sendiri anggap dia sebagai pembawa malang.

***************************************

Aku yang berasa bosan duduk di rumah keluar cuci mata di shopping mall. Aku kalau bab shopping shopping ni memang susah sikit. Kalau setakat cuci mata untuk hilangkan rasa bosan tu boleh la. Kalau nak beli barang macam baju or whatever memang TAK la jawabnya. Membazir ja. Bukannya sebab aku tidak ada duit tapi dah aku memang jenis macam itu. Jenis yang lebih suka duduk terperuk di rumah berbanding keluar. Kalau nak diikutkan duit, 7 keturunan pun takkan habis. Aku bebas membelanjakan duit yang papaku beri untuk beli barang yang aku mahu tanpa sekatan tetapi aku tidak pernah sesekalipun menggunakan duit papaku itu melainkan ada kecemasan. Papaku dan abang-abangku penat berkerja untuk majukan syarikat tiba tiba aku habiskan macam itu saja duit. Tak ke kesian. Kalau orang lain mungkin sudah habis dalam masa sehari. Tapi tidak pada aku.

Aku pun tak tahu kemana hala tujuku sebaik sahaja keluar dari kedai aiskrim. Aku hanya mengikut gerak langkah kakiku sambil memakan aiskrim yang dibeliku tadi. Aku memberhentikan langkahku apabila telefonku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku mengambil telefonku didalam beg dan terus berjalan tanpa memandang kehadapan.

TIT...TIT...TIT...

'Adik satgi lunch dengan abang'
'okey. kat mana?'
'em. adik kat mana sekarang?'
'shopping mall biasa'
'ok cun. tunggu abang kat cafe biasa. got to go. see u later. take care!'

Belum sempat aku membalas mesej abang sulung ku, Harriz.
Tiba tiba .......

BAM !!!!

'hah sudah hannah. kau langgar sapa pulak ni. tu la jalan tengok depan bukannya mengadap fhone tu' marahku pada diriku sendiri sambil mengangkat telefon dan beg aku yang terjatuh tadi. Nasib telefon aku elok lagi.

Aku baru sahaja nak berdiri dan minta maaf. Wanita dihadapanku ini terus menengkingku tanpa menghiraukan mata mata yang memandang.

"Hei pompuan ! Jalan tu pakai mata jangan letak kat lutut. Kau tau tak kau dah kotorkan baju aku dengan aiskrim murah kau tu" Aku baru sedar yang aiskrimku semuanya terkena pada baju minah belagak ni.

"Saya minta maaf cik.. Nanti saya ganti balik ba.." ayatku telah dipotong oleh minah kerek itu.

Kalau tadi boleh la aku panggil wanita but now memang tak la. Perangai macam ni la yang menjatuhkan martabat kaum wanita.

"What? Tak dengar la tadi. Kau nak apa? Ganti baju aku balik? Hei sedar la sikit diri tu. Kau rasa kau mampu ka nak ganti baju aku? Baju aku ni mahal bukannya macam baju kau yang entah apa apa ni. Kolot." tengking minah kerek itu sambil menolak bahu aku dan menyebabkan aku terundur kebelakang sedikit.

'Hah ni dah melampau arh ni sampai hina, tolak bahu. Halo! papa aku pun tak pernah tengking aku ni kan pulak tolak bahu aku. Kau sapa nak buat macamtu. Mentang mentang la aku pakai biasa macam ni kau nak kata aku tak dak duit. Kau sedar tak orang yang kau tengking sekarang ni anak Tan Sri Hisham, pemilik Naufal Holdings' marah aku dalam hati.

Berasap asap api yang keluar dari telinga aku apabila mendengar penghinaan itu. Kesabaran aku pun ada had dia. Siapa boleh tahan bila kena hina macam tu. Tapi bila ingatkan aku yang salah dalam hal ni. Aku cuba sabar.

Orang orang disekeliling pun sedikit banyak tolong membarakan api yang ada. Mana taknya, ada yang tayang muka simpati mungkin kesian tengok aku ditengking sebegini tu okey la. But, yang tayang muka sinis tu seronok kot bila aku kena tengking di khalayak ramai macam ni. Cuba kalau diorang yang ada dekat tempat aku sekarang ni. Entah entah dah menangis. Ergh! Dunia dunia.

"Soal mampu ke tidak itu hal saya. Cik cakap ja berapa harga baju cik yang mahal sangat ni." Siap dengan perlian sekali aku bagi. Macam la aku tak tahu harga baju tak cukup kain ni.

"So kau nak ganti betul betul la ni? Hahaha. Tak payah la sebab aku takut nanti kau pergi pinjam duit along pula semata mata nak bayar baju aku. Aku ni still ada perasaan kesian tu tau."

'Ceh! ada perasaan kasihan kononnya. Kalau kau ni baik hati sangat tak daknya kau akan tengking aku depan semua orang. Orang nak ganti balik betul betul, buat tanya pula macam la aku tak tau yang kau memang saja nak hina aku.'

"Yes. Cik cakap ja berapa harga baju cik ni?" Malas aku nak duduk sini lama lama. Baik aku pergi tunggu abang aku dekat cafe yang kami selalu pergi tu lagi bagus dari hadap muka minah yang belagak ni.

"Tak da la mahal sangat pun. Tapi tak tahu la kalau mahal bagi kau kan" Ish la minah ni. Cakap ja la berapa. Saja nak perli hina aku lagi.

"Berapa?" Dah kali keberapa aku tanya pun aku tak pasti.

"Rm 1200 ja"

Aku hanya diam dan memandang hairan.

'Betul ka Rm 1000 lebih harga baju ni. Setahu aku kalau baju yang dia pakai ni harga tak lebih Rm 1000 pun. Ka dia nak tipu aku? Huh? Walaupun aku tak pernah pakai baju tak cukup kain ni tapi aku tau la harga baju baju macam ni.' senyum sinis ku hadiahkan.

"Mahal eh? Tak pa. Aku tak minta sekarang pun. Kau bayar ansur ansur pun boleh" mungkin pelik aku yang tiba tiba diam selepas dengar harga baju itu.

Baru sahaja aku nak menjawab tiba tiba datang seorang lelaki menegur minah kerek ini.

"Sayang, u pergi mana? Kata nak g toilet. I call u tak angkat." Boyfriend barangkali tekaku .

"Sorryla. Ni hah ada budak terlanggar I. Habis baju I kena aiskrim dia." rengek manja minah kerek ni.

'Eh eh dengan aku bukan main lagi kau tengking, perli, hina bagai. Dengan mamat ni bukan main menggeletis kau ye. Geli pulak aku tengok.' kutuk aku sambil menundukkan sedikit wajahku. Tak nak aku tengok drama free kat sini.

Bila aku angkat saja kepala. Zup! Mata bertentang dengan mata lelaki dihadapanku. Mata aku seakan akan tidak mahu lepaskan peluang melihat ciptaan Allah yang tidak ada cacat celanya.

'cantiknya. Boleh buat isteri ni' omel Rayyan dalam hati. Ceh! sempat lagi kau kan Rayyan.

"You!"

Aku cepat cepat alihkan pandanganku ke tempat lain. Namun lelaki itu masih lagi merenung tepat ke arahku. Aku hanya buat buat tak nampak.

'Mata ni pun satu. Asyik nak tenung ja muka mamat depan ni dah kenapa. Ish mata behave!' aku ingatkan diriku sendiri.

"Sayannggg" panggil minah tu lagi. Minah ni dah tayang muka menyampah + dengan package jelingan maut dia bagi kat aku mungkin perasan yang lelaki disebelahnya (boyfriend mungkin) dia sekarang ni asyik duk tenung aku ja dari tadi sampai dia panggil pun tak dengar.

"Rayyan!" jerit minah tu . Ish la minah ni. Kalau tak menjerit sekali memang tak sah kan. Lelaki disebelahnya kelihatan terpinga pinga. Baru kembali ke alam nyata ler tu.

"Hah? Tak yah la jerit. I ada sebelah u ja kan"
"memang la ada sebelah i but telinga tu tak dengar i panggil and mata u tu tak habis habis tengok pompuan ni dah kenapa?"
"dah u cakap pasal dia kan tadi. I tengok la dia"
"u ingat i tak nampak u tenung dia? huh?"
"dahlah. Tak malu ka orang duk tengok."
"ish."
"dah. Jom balik"
"what? balik? No!"
"apa lagi yang u nak tunggu?"
"pompuan ni tak settle lagi ngan i"
"apa yang tak settle lagi?"
"dia kena bayar ganti rugi"
"baju ni i yang bagi kat u. so dia kena bayar ganti rugi tu kat i bukan dekat u. And now i tak nak dia bayar apa ii. Dah jom balik"
"like seriously rayyan?"
"what?"
"u back up pompuan ni?"
"i tak back up sesiapa. Mama i dah call tadi. Dia dah tunggu kat cafe. U macam tak kenal mama i tu macam mana"
"kenapa tak cakap awal awal?"
"macam mana i nak cakap. belum sempat i cakap u dah serang i"
"sorry"
"dah. jom" minah kerek itu mengikuti langkah lelaki itu.

Aku yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka berdua berasa lega. Ye la buatnya aku bersuara tak pasal pasal aku diheret sekali dalam masalah mereka. Sempat lagi lelaki tadi senyum ke arahku sebelum melangkah pergi dengan minah kerek tu.

Nasib minah kerek tu tak nampak. Kalau tak habis, rasanya mereka belum pergi lagi tengah duk bertengkar pasal mamat tu pandang aku.

Alamak!

#pleaseratethis