PROLOG

"Perhatian kepada para penumpang. Kita akan tiba di lapangan terbang Roberts Army Heliport dalam masa 30 minit sahaja lagi. Sila pakai tali pinggang keselamatan sebelum kami memulakan pendaratan sebentar sahaja lagi. Terima kasih kerana menggunakan ....," Aku masih tidak menyangka bahawa aku telah jauh meninggalkan tanah air ku yang tercinta. Tidak lama lagi aku akan menjejakkan kaki dibumi orang.

Nama ku Ameli. Pada penghujung tahun ini aku akan mencapai umur 15 tahun. Aku mengambil keputusan untuk tinggal bersama pakcik dan makcik ku di Bradley, California. Aku mengambil keputusan sedemikian kerana aku tidak tahan lagi menghadapi hari-hari mendatang di Seafield High School. Sejak tahun pertama aku menjejakkan kaki di sekolah itu aku mendapat layanan buruk daripada kawan-kawan ku. Eh, patut ke aku gelarkan mereka kawan? Walhal hampir setiap hari mereka mengutuk, mencaci dan menghina serta memberi jelingan yang tajam kepada ku. Aku tidak pasti apa kesalahan yang telah aku lakukan pada mereka.

Apa-apa pun aku telah memberitahu kepada ibu bapa ku bahawa aku ingin tinggal bersama pakcik dan makcik ku di California. Semua urusan pertukaran sekolah telah diuruskan oleh ayah dan pakcik ku. Aku sangat berharap apabila berada di perantauan aku dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru apabila aku mula bersekolah di penghujung cuti musim panas ini, iaitu kira-kira dua hari sahaja lagi.

Aunt Alice dan Uncle Niel telah berbesar hati menerima kehadiran ku di rumah mereka. Kata mereka tidak mengapa aku tinggal bersama mereka. Mereka tidak mempunyai anak sejak mereka berkahwin lima tahun lepas. Dengan kehadiran ku mereka mengharapkan dapat menceriakan lagi suasana rumah mereka.

Aku dapat melihat Uncle Niel dan Aunt Alice melambaikan tangan mereka setelah nampak kelibat ku di balai ketibaan. This is it. Pengembaraan hidup baharu ku bermula di sini.