BAB 1

Zeffry memandang jam tangannya. Tepat jam 7 pagi.

“Sayang, dah siap belum?”

Soal Zeffry apabila melihat isterinya yang sedang bermain dengan handset. Bella berkalih memandang suaminya di sebelah.

“Kejap, I naik atas ambik handbag jap.“

Sahut Bella sambil meletakkan handset di atas meja makan itu.

“Okey, cepat tau. Nanti mereka tertunggu kita pulak.“

Ujar Zeffry sambil menyarung kasutnya.

Bella segera mencapai handbagnya. Namun fail milik suaminya terjatuh atas lantai. Dia menunduk untuk mengutip fail itu tapi matanya dapat menangkap sekeping gambar lama. Gambar itu dipandang lama. Gambar suaminya bersama seorang perempuan. Tapi kenapa aku rasa macam familiar je gambar wanita ni??

Zeff memandang sebuah van yang menghampiri rumahnya itu tersenyum.

“Sayang!!”

Laung Zeff dari tingkat bawah. Bella tersentak.

“Ye.“

Sahut Bella dengan nada yang sama.

“Cepat sayang, diaorang dah sampai.”

Bagitahu Zeff seraya mendekati van itu.

Pinnn….

Bunyi hon membuatkan Bella terus menyimpan gambar tersebut dalam handbagnya. Bergegas dia menuruni tangga. Syafiq dan Kimi ketawa melihat gelagat Fadli yang sememangnya sengaja mengenakan Zeff. Saja je nak kasi bising.

Pinnn….

Mereka yang lain hanya ketawa melihat gelagat Bella dengan Zeff yang kelam kabut.

Pinnn….

“Woii..disini dilarang membunyikan hon tau.”

Omel Zeff.

“Aku tak buat dah.”

Akur Fadli. Namun sekejap je. Lepas dari tu, sekali lagi dia bunyikan hon. Zeff mengambil tempat di sebelah pemandu. Manakala Bella mengambil tempat di belakang bersama Ariana, Ieza dan Fiqah.

Villa putih itu dipandang tanpa berkelip.

“Wow, betul ke ini villanya?”

Soal Syafiq inginkan kepastian.

“Betullah kot. Cuba korang tengok alamat villa yang tertulis dekat pagar tu.”

Arah Fadli. Kimi menuju ke pintu pagar. Alamat yang tertera dipadankan dengan alamat yang tertulis di atas kertas mereka.

“Memang betullah, ini villanya.”

Balas Kimi.

“Jom.”

Ajak Ariana. Mereka semua turun dari van itu kecuali Fadli yang masih lagi berada atas van. Sebaik saja, Fiqah membuka pagar, Fadli terus parking van dalam pagar rumah itu. Mereka semua terpaku dengan villa yang tersergam indah itu. Kimi terus membuka pintu villa itu. Mereka yang lain terus serbu ke dalam villa itu.

Bella menoleh sebaik saja menyedari dirinya diperhatikan.

“Kenapa, sayang?”

Soal Zeff. Bella terus menggeleng kepalanya sambil mengukir senyuman manis.

“Jom masuk.”

Ajak Zeff.

“Taknak bawa masuk terus ke barang-barang kita ni?”

Soal Bella.

“Tak, malam nanti abang bawa masuk. Jom tengok bilik kita.”

Ajak Zeff berjalan seiringan dengan Bella.

Bilik kesemuanya ada lima. Cukup untuk mereka empat pasangan. Masing-masing mempamerkan wajah berpuas hati setelah melawat kesemua dalam rumah itu. Kalau nak ikutkan, bayaran yang mereka lakukan lebih murah berbanding harga sebenar.

Fadli memandang sebuah bilik yang terkunci. Dia cuba buka bilik tersebut tapi tak dapat.

“Kenapa, Li?”

Soal Kimi apabila melihat Fadli yang tertinjau-tinjau bilik kosong itu.

“Aku nak try buka bilik ni haa tapi susahlah. Pintunya berkunci. Kalau bilik ni boleh buka, aku ingatkan nak jadikan tempat kita solat berjemaah.”

Ujar Fadli menyatakan buah fikirannya itu.

“Oh, bagus juga idea kau tu. Tapi aku tak rasa pintu tu boleh terbuka. Tengoklah pintu tu. Tertutup kemas. Rapat semacam.”

Sahut Kimi.

“Dah la, jom lepak kat luar.”

Ajak Fadli yang sudah berputus asa dengan bilik yang terkunci kemas itu.

Ieza melihat keadaan bilik yang mereka diami itu. Subhanallah…cantiknya. Getusnya. Dia membuka balkoni biliknya.

“Honey.”

Tegur Syafiq seraya memeluk Ieza. Petang itu, mereka menghabiskan masa berada di ruang tamu. Bermacam-macam yang mereka lakukan bersama. Bercerita, menyanyi dan sebagainya.

“Korang, aku pergi dapur. Buat air kejap.”

Ujar Ieza meninggalkan mereka yang lain di ruang tamu. Melihatkan Ieza yang menuju ke dapur, Zeff turut mengekorinya dari belakang. Sementelah mereka yang lain ralit berbual. Bella perasan suaminya agak lain bila Ieza ada bersama mereka. Kenapa aku rasa semacam je?

“You tengok apa, Bella?”

Soal Syafiq menyentak lamunan Bella.

“Hah?”

Terkejut Bella. Pantas senyuman diukirkan seraya menggeleng kepalanya. Syafiq turut menoleh. Dia melihat isterinya yang ralit bercakap dengan Zeffry. Siap ketawa lagi. Kenapa perasaan aku macam lain ye? Getus Syafiq sebelum dia kembali memandang Bella.