Bab 1 : Sekiranya ini mimpi

Satu letupan besar berlaku di terowong Sungai Kelang, menyebabkan kemalangan besar diantara sebuah bas, 8 buah kereta. Dianggarkan seramai 50 mangsa terlibat dalam kemalangan yang paling teruk terjadi pada tahun ini.

Usaha untuk memadamkan kebakaran sedang dijalankan dan setakat ini hanya 10 orang berjaya diselamatkan.

Hafiz menekan butang volume pada alat kawalan jauh dan menaikkan kadar suara di televisyen. Daripada paparan di kaca tv, kelihatan asap hitam dan kelabu keluar dari mulut terowong.

Hafiz menyandarkan tubuhnya di sofa sambil menghirup jus oren yang ditempahnya melalui perkhidmatan hotel. Seketika perhatiannya diganggu oleh deringan daripada telefon bimbit.

"Uncle Baha?" dahinya berkerut melihat nama yang terpampang di skrin telefon bimbitnya.

"Hafiz..." cemas sahaja suara di talian.

"Ada apa uncle?" dia tahu bahawa Uncle Baharudin adalah perantara antara dirinya dan ayahnya, Dato' Kamarudin.

"Hafiz dekat mana?"
"Maaf uncle, Hafiz tak nak diganggu"
"Sebenarnya...uncle baru dapat panggilan"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Hafiz memberhentikan keretanya di hadapan hospital. Berlari-lari masuk ke dalam hospital yang besar itu. Seketika dia berhenti di tengah-tengah ruang lobi yang dipenuhi dengan orang yang lalu-lalang di sekitarnya.

Seketika fikirannya kusut. Jantungnya tidak henti-henti berdegup kencang, mahu menidakkan panggilan yang baru diterimanya daripada Uncle Baharudin. Kakinya seperti dipaku ke lantai. Berat untuk melangkah ke hadapan.

Dalam keadaan yang kusut begitu, tangannya diraih. Tersentak seketika. Baharudin di hadapannya.

"Ikut uncle"

Tanpa berlengah mereka mempercepatkan langkah. Sejurus langkah Hafiz semakin lemah saat terlihat papan tanda "Bilik Mayat". Baharudin masuk mendahului, sedang Hafiz dibelakangnya menunduk dalam esak yang ditahan-tahan.

"Encik waris Kamarudin bin Hamdan?" soal seorang pembantu hospital yang masih muda. Baharudin mengangguk sambil mengunjuk ke arah Hafiz.

"Minta kerjasama encik untuk membuat pengecaman" ujar pembantu hospital itu lagi.

Hafiz menggenggam lengan Baharudin dengan kuat. Mencari sedikit kekuatan.

"Uncle...mungkin itu bukan daddy. Masih ramai lagi mangsa yang belum diselamatkan lagi" air matanya bergenang memandang ke dalam mata Baharudin.

Baharudin menarik nafas dalam. Sebak mula menyelubunginya apabila melihat pemuda itu menangis, meskipun dia sendiri cuba untuk berlakon tabah.

"Maafkan saya, ini mungkin barang tinggalan arwah" pembantu hospital itu menyerahlan bungkusan plastik mengandungi telefon bimbit, jam tangan dan dompet milik Kamarudin. Jam tangan itu, adalah hadiah Hafiz buat ayahnya 3 tahun lepas.

"Kalau Hafiz tak sanggup, biar uncle yang pergi" .Hafiz menggelengkan kepalanya, tidak membenarkan.

"Encik...istighfar banyak-banyak. Ini semua ujian Allah"pembantu hospital yang agak bersimpati dengan Hafiz itu mencelah. Dia tahu itu adalah perkara sukar buat kebanyakan ahli keluarga yang datang ke bilik itu.

Baharudin menepuk bahu Hafiz , cuba untuk memberikan kekuatan buat pemuda itu. Perlahan-lahan Hafiz menghampiri peti mayat.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

2 hari lepas

"I don't get it! Semua ni tak bawa apa-apa makna. Puas hati daddy bila mommy mati?" satu tamparan hinggap di pipi Hafiz. Kulitnya yang putih berbirat merah kesan dari tamparan itu.

"Yes. Selama ni Hafiz dan mommy cuma beban buat daddy kan?"

Hafiz menyeret bagasi berodanya menuruni tangga.

"What are you doing?" Dato Kamarudin menggigil menahan kemarahan. Tindakan Hafiz di luar jangkaannya.

Hafiz menyeret bagasi ke pintu.

"Don't you dare leaving this house! This is a warning Hafiz" Hafiz mencemik dan menjegilkan matanya ke arah Dato Kamarudin.

"I am never a family to you. All I know, your bussiness is your family and I'm not part of it!"


Sekarang.

Ya. Itu adalah pertemuannya yang terakhir bersama ayahnya. Mengapa dia perlu berkata kasar. Mengapa tiada kenangan terakhir yang indah bersama ayahnya? Mengapa harus dia keluar dari rumah? Mengapa dia tidak cuba untuk bertahan walau sekejap, tinggal bersama ayahnya?

Kekesalan demi kekesalan yang tidak berakhir diungkapkan sepanjang waktu ini. Waktu yang telah ditinggalkan dengan penuh penyesalan. Apakah ayahnya telah memaafkan dirinya yang begitu derhaka.

Alangkah bagus sekiranya semua ini mimpi. Segalanya boleh diulang kembali. Menimbus segala kesalahan yang disesali.

Hati lelakinya menangis. Lena malamnya dilewatkan dengan keluhan dan tangisan menyesakkan jiwa. Pagi ini air matanya sudah kering untuk mengenang dan menangisi.

Pintu bilik bacaan Dato Kamarudin dibuka perlahan. Bilik yang dipenuhi buku itu terasa begitu kosong tanpa pemiliknya.

Satu demi satu almari buku dilawati Hafiz. Perhatiannya tertumpu kepada sebaris rak yang letaknya di belakang tempat duduk dan meja tulis Dato Kamarudin.

Sebaris buku diari yang menyimpan kisah Baharudin bin Hamdan. Jumlahnya hampir sama dengan umur Dato Kamarudin.

Tiga anak kunci tergantung di tepi rak tersebut. Hafiz cuba mengenakan ketiga-tiga anak kunci itu kepada mulut pengunci almari. Tidak berjaya.

Tttukk...Ttukkk...ttukk...
Pintu diketuk. Baharudin terjegul di muka pintu. Hafiz tersentak. Dia mengurut dadanya perlahan.

" Uncle..."
"Selamat pagi. Hafiz sihat hari ni?"
Hafiz tersenyum hambar.

"Ada apa-apa yang uncle perlukan?"
"Ah...ya. Sekejap lagi peguam Riduan akan sampai"
"Ok" jawabnya hambar.
"Errm...uncle. Uncle tahu tak mana kunci almari tu?" barisan diari ditunjukkan kepada Baharudin. Baharudin menggelengkan kepalanya.

Baharudin memandang Hafiz serba salah. Ada sesuatu yang membelenggu fikirannya.

"Spill it out uncle"
Baharudin sedikit tersentak dengan teguran itu, sedang dia berkira-kira mencari cara terbaik untuk memberitahu Hafiz.

"Uncle dapat call dari balai polis..."
Hafiz bersandar ke meja. Menanti cerita yang seterusnya. Beberapa saat Baharudin tidak berkata-kata.

"Punca letupan semalam datangnya dari kereta Dato Kama"

Dahi Hafiz berkerut.
"What? "Keliru. Persoalan menembusi pandangan Baharudin.

Baharudin memandang ke dalam mata Hafiz. Memberikan jawapan kepada soalan Hafiz melalui reaksi wajahnya.

"Don't beat around the bush uncle"

"Ini adalah sabotaj Hafiz. Someone did that to your father"

"You are not joking right?"masih tidak mengerti.

" Ada kesan kimia yang datang dari bahan letupan pada kereta Dato. So..."jawabnya berat.

Hafiz menarik nafas dalam. Siapa yang tergamak melakukan perkara sebegitu kepada ayahnya.

Baharudin memeluk Hafiz erat dan menepuk-nepuk belakangnya. Cuba memberikan semangat buatnya.

"By the way...."
"...this thing came. Ada orang sampaikan dekat office pagi ni" sekeping sampul berwarna kuning air diserahkan kepada Hafiz.

Kandungan sampul dibuka. Sekeping kad berwarna coklat dibaca. Perlahan-lahan riak wajah Hafiz berubah. Pemuda itu tersenyum. Baharudin mencuri pandang ke arah kad itu. Hafiz menutupnya cepat-cepat.

"Apa tu?"
Hafiz tersenyum.
"Rahsia".


* * * * * * * * * * * * *

Y Generation Sdn Bhd

MIRAIE ; SIRI 6

Aku melihat wanita itu memegang kepalanya dengan kuat. Dia kemudiannya terhempas ke lantai, seperti ada kuasa yang menariknya ke lantai.

Perlahan-lahan aku menurutinya. Cuba mengintai gerangan yang memandunya berjalan di hadapan. Dia seolah-olah dipukau untuk menuruti sesuatu yang tidak dapat dilihat .

Aku mendekati wanita malang itu. Begitu cantik tanpa sehelai rambut terjuntai dari dahinya. Hijab yang dikenakan, mengapa kelihatan sempurna dan indah. Setahu aku, pakaian ini hanya dipakai oleh wanita-wanita arab.

Seorang lelaki yang kabur wajahnya menghampiriku dari belakang. Siapakah dia?

"Siapa kau?"

Syakira menyelak satu persatu halaman komik Miraie. Banyak penyuntingan yang perlu dilakukannya.