BAB 1

“Semua sekali berapa Makcik ?”

Pertanyaannya itu dibalas dengan senyuman oleh mak cik kantin.

“RM 1.50”

Dihulurnya duit RM1.50 yang dikeluarkan dari beg dompetnya namun senyuman ikhlas mak cik kantin tidak dibalas. Rambut belakang yang terikat kemas dibetulkan. Dengan wajah cukup selamba dia pusing belakang dan angkat kaki dari situ.

Badan berjalan tegak. Mendada, yakin,muka yang cukup yakin bagai tuan puteri mencemar duli. Junior semua ke tepi, memberi laluan , kepala tunduk habis.Hujung bibirnya menyungging senyuman tipis.

“Puteri”

Satu suara di tepi memanggil. Si Puteri tak menoleh.

“Puteri !”

Dan Puteri raja gadis praja cukup pantang ada suara yang meninggi. Langkah terhenti. Menoleh ke arah suara disisi. Hujung mata melentik menjeling dengan penuh api.

“Kau nak apa?”suara beku keras dituju untuk makhluk baju biru bertudung labuh.

“Kenapa kau potong barisan ?”

Tangan puteri mula bersilang ke dada. Bola mata memandang makhluk pluto dari atas ke bawah. Hola.. pengawas.

“Aku tak potong, dorang..” lentik jari menuding ke arah junor “bagi laluan”

Pengawas bertudung labuh mengeluh berat. Haila.. sang Puteri yang satu ni, “Kau tak boleh macam ni, dengan perangai kau yang berlagak senior ni buat junior takut.” Adibah mendekat. “Puteri,”tangannya mendarat atas bahu Puteri “Kau bukan puteri, kau manusia biasa, kau kena sedar..” anak mata menikam wajah Puteri “KAU BUKAN SESIAPA”

“Apa kau kata ?”

“KAU BUKAN RAJA”

“Apa kau kata ?”

“KAU HANYA PEREMPUAN BERLAGAK BAGUS !” Wajah molek Adibah bertukar sinis. “YOU ACT LIKE A WHORE”

Puteri senyum. Air sirap ditangan dihirup.

“Apa kau kata ?”

Adibah senyum. “YOU ACT LIKE A WHO..”

Srppp !

Dan baju biru makhluk planet pluto dibasahi air sirap.

Puteri senyum. Cawan plastik dicampak jauh. Suasana kantin kelam. Adibah terkedu.

Dan Puteri masih di situ. Membeku dengan wajah mendingin. Senyuman tipis diberi. Bibir didekatkan dengan telinga Adibah walaupun dia tahu gadis itu bertudung.

“Adibah,sayang..” bahu Adibah ditepuk perlahan. “…i can act as whore as i want to,” matanya menajam ke arah anak mata Adibah yang dah berkaca.Puteri senyum. Heh, ingat comel kau menangis depan aku ?

Huh, boleh bla.

“And you can be the slut !” suara puteri meninggi dan berpaling pergi. Selamba. Budak-budak dan mak cik kantin dan diam tak terkata. Ada yang menggeleng, ada yang suka dan ada yang ber soseksosek tak henti.

Muka Adibah merah.Tak guna punya perempuan ! “Perempuan gila !” dia jerit dari jauh. Air mata dikesat kasar. Gila! mulut macam neraka ! nama sedap,muka cantik, perangai macam orang gila !

Dan laju tangan dia tarik belakang rambut Puteri. Puteri terseret ke belakang. Adibah tarik sekuat hati. Hah ! hamik ! “Kau ingat kau mulia sangat ke tuan puteri !”

“Sakitlah,gila !”

“Kau tu dah lah anak pungut! tak sedar diri !” dan laju mulut Adibah membalas.

Puteri terkedu.

“Dah lah tu , korang ni asyik gaduh aje !” suara dari belakang.

“Dah ! dah !” suara dari tepi dan seluruh kantin cuba meleraikan. Adibah menarik kuat rambut Puteri.

Puteri terjerit kuat.”Sakitlah, gila !”

“Pasal kau ibu mati !” Adibah tarik getah rambut Puteri. “Pasal kau anak pungut ! kau patut mati !”

“Adibah! Puteri..” suara Qisha, kawan Adiba dari belakang.

Puteri tersentak. Aku bukan anak pungut.. bukan.. bukan..

‘Fireheart’ suara ibu bergema.

“Anak pungut !” suara Adiba, memukul Puteri bertalu-talu.

‘Fireheart’

“Gaduh! Gaduh ! Gaduh !” suara murid-murid laindi sekeliling.

‘Fireheart’

Dan dengan sekuat hati, laju tanpa sesaat diberi..

Paqqkk..

Kaki Puteri melayang menendang dari depan. Tepat mengena perut Adibah ! Adibah terduduk.

Wajah puteri berubah. “Kau kata aku apa ?”

Adiba masih terduduk. Senak. Matanya memandang Puteri dengan pandangan jijik. “Kau anak haram ! kau tak guna ! pasal kau ibu aku mati !” kencang lidah menutur walaupun tahu dia tak berdaya melawan.

Mata Puteri merah. Bukan sebab menangis..

“KAU KATA APA ?!!” suara meninggi.Dia tak peduli suara mak cik kantin yang dah ugut nak panggil Pengetua.

Adibah masih melawan senak di perut. Mata dia penuh benci memandamg Puteri. “KAU PATUT MATI !”

Bukk !

Dan keadaan tak terduga..

Dengan sekelip mata wajah Adibah biru. Puteri senyum setan. Kau nak sangat kan..

“Puteri !”

Tanpa menghiraukan namanya dipanggil, bertalu-talu kakinya menyepak perut Adibah. Tak cukup sekali, tudung dan rambut Adibah ditarik rakus !

Kau nak sangat kan..

‘Fireheart’

Sebab aku api..

‘Fireheart’

Sebab aku, ibu mati..

Adibah longlai, satu tangan menolak Puteri menjauhi Adibah. Puteri masih di situ, tak puas menghentam tubuh Adibah. Rakus

Tapi aku anak ibu..

Mata Adibah hampir tertutup.

Dan aku tak takut..

Bibir Adibah biru.

Dan aku takkan tunduk..

Dan nafas Adibah terhenti sebelum kaki Puteri menghentam wajahnya yang biru.

Puteri senyum.

“I WOULD BOW TO NO ONE”

nafas Adibah mati.

tubuhnya ditolak tepi.

“PUTERI !! AWAK GILA KE ?!!”

Suara cikgu Rahim yang memapah tubuh Adibah.

Puteri senyum. “Saya tak gila,cikgu” mata penuh berani memandang cikgu displin. “Dia patut mati”

‘Fireheart’

She would bow to no one.