BAB 1

Kahwin muda, kahwin awal, gatal nak kahwin dan macam-macam istilah untuk menggambarkan permulaan perkahwinan kami ini.Ramai yang cakap perkahwinan kami ini diatur oleh orang tua tapi yang sebenarnya perkahwinan kami adalah atas kerelaan kami sendiri. Ianya tidaklah sehebat mana, namun rasa cinta itu hadir selepas kami kahwin padahal sebelum itu dia hanya kenalan aku sahaja, ibaratnya seseorang yang kau hanya mampu lihat dari jauh.Tapi sekarang, aduh, sesaat tak nampak boleh tak keruan jadinya. Haihlah, kalau dikenang kembali, memang boleh buat jatuh cinta berkali-kali.

“Hai.. Kenapa senyum sorang-sorang ni sayang?” tanya suamiku lantas duduk di sebelahku.

“Suka hatilah.” Cebikku. Sibuk aje dia ni.

“Mana boleh macam tu. Abang nak tahu jugak..” rengeknya manja.

“Scha tertanya-tanya kenapa abang pilih Scha? Sedangkan kita mana pernah cakap. Sepatah pun tak.” Aku mula menyoal.

Dia tersenyum.

“Kita pernah cakaplah. Sayang lupa ya? Masa tu abang tanya sayang kenal tak Adira. Then, sayang cakap tak kenal. Sayang cepat-cepat lari masuk kelas. Padahal Adira tu sekelas dengan sayang.” Ujarnya.

Erk. Ada ke? Apasal aku tak ingat pun? Aku tersengih.

“Ada eh? Saya tak ingat pun. Haha.” Spontan aku ketawa. Kan aku dah kata aku bukannya kenal sangat suami aku ni. Dekat kampus pun aku kenal dia sebab dia selalu jadi pengacara majlis setiap kali ada majlis di kampus tu.

“By the way, kenapa abang cari Adira masa tu?”

“Sebab Adira masa tu awek abang. Tapi sekarang ni dah jadi ex la.” Lantas dia ketawa.

“Amboi.. Abang ada awek cun jugak ya dekat kampus.” Balasku bersahaja.

“Kenapa? Sayang cemburu eh?? Cemburu,kan? Kan?” dia mengusikku.

Cemburu?? Euww.. Pleaselahh.. Tak ada maknanya!

“Cemburu?? Excuse me? Tak ada masa saya nak cemburu.” Balasku.

“Eleh.. Cemburulah tu. Tapi taknak mengaku.” Usiknya lagi.

“Mana adalah.. Saya tak cemburu pun.” Lembut aku menutur. Dah memang aku tak cemburu. Kalau cemburu mesti dah lama aku melenting. Haha.

“Kalau cemburu abang lagi suka. Sebab cemburu kan tanda cinta.” Lantas dia mengenyitkan mata. Hidungku dicuit perlahan.