BAB 1

" Jangan apa-apa kan aku. TOLONGLAH!" Sulaiman meronta-ronta cuba menyelamatkan dirinya dari ikatan tali yang begitu memedihkan. Kelihatan seorang lelaki berbadan agak sasa bersama konco-konconya menuju ke arah Sulaiman. " Baru nak merayu-rayu dengan aku? Kau ingat tak masa aku merayu-rayu dengan kau 10 tahun dahulu kau tak pernah heran pun kan? Malah kau hina-hina aku! KAU TAK LAYAK HIDUP DEKAT DUNIA NI LAH SETAN!" Wajah lelaki itu kurang jelas namun apa yang pasti, lelaki itu amat berang dengan Sulaiman. Dia bingung. Siapa lelaki itu. Bilakah dia menghina lelaki itu.Apa yang dia tahu, dia tidak pernah menghina sesiapa pun sebelum ini. " Aaa.. Aku tak kenal kau! Kalau aku pernah buat salah dengan kau, maafkan aku. Lepaskan aku!" Rayu Sulaiman sambil menitiskan air mata jantannya dek ketakutan yang dirasainya. Lelaki itu tersenyum selebar-lebarnya. " Kau nak gembira tak?" Bisik lelaki itu pada Sulaiman. Sulaiman hanya menganggukkan kepalanya sambil air matanya bercucuran laju mengalir ke pipi. " Aku akan buatkan kau gembira sampai kau senyum lebar hingga ke telinga.Settle kan dia." Arah lelaki itu kepada salah seorang konconya. Bermula lah laungan serigala di malam hari itu diikuti dengan jeritan kesengsaraan yang dirasai oleh Sulaiman.
~ . ~ . ~
"Tuan, kita dah kritikal ni. Kali ini dah nak dekat 4 orang mangsa yang dibunuh dengan cara yang sama. Saya rasa ni mesti kes dendam ni" Ujar Daus selaku polis yang berwibawa. " Entahlah Daus. Aku pun heran. Dia punya psiko tu lain macam woo.. " Jelas Inspektor Harith dengan tenangnya. Melihat akan keadaan magsa, dia dibunuh dengan mulutnya dikopak sehingga terkoyak ke telinga. Bukan itu sahaja, dada mangsa ditebuk dan yang paling sadis sekali, hati mangsa hilang. Mungkin sengaja dikeluarkan oleh pembunuh.Inspektor Harith juga bingung. Dia yakin, pembunuh ini bukan calang-calang orang. Yalah. Sudah 4 orang mangsa yang dibunuh dengan cara yang sama dalam tempoh 2 minggu sahaja. Tambahan pula, polis juga sukar untuk menjejaki pembunuh ini seperti dalam movie pula. Setelah usai Harith berjam-jam melakukan siasatan, masa untuk dia pulang ke rumah tiba juga. Akibat kepenatan yang terlalu amat, dia menghempaskan badannya ke atas sebuah katil yang begitu empuk. Manakan tidak, katil itu diimport dari Itali. "Yuna masak apa tu di dapur? Abang dah balik ni.Lapar lah pula." Suara Yuna, isterinya tidak kedengaran. Harith mula risau. Dia segera ke dapur untuk melihat keadaan isterinya. " Oh, abang dah balik ya. Ni Yuna ada masakkan asam pedas. Mesti abang suka kan?" Ujar Yuna apabila dia melihat suaminya yang baru pulang dari bekerja. Lega Harith melihat isterinya tiada sebarang kecelakaan. Mungkin dia masih terbawa-bawa dengan kes yang dia siasat di tempat kerja sebelum ini. Dia tersenyum dan bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang amat jelira ala-ala gadis korea. " You tahu tak? pembunuh yang I ceritakan dekat you tu masih belum ditangkap lagi. So, you kena hati-hati tau Yuna." Kata-kata suaminya itu membuatkan Yuna tersentak. Secara tiba-tiba, tangan Yuna menggigil. Harith hanya melihat tingkah laku isterinya itu tanpa sebarang tindakan. "Aaa... Abang... ABANG!" Jeritan Yuna itu didengari buat kali terakhir.