BAB 1

Ada banyak rahsia di dunia ini yang ciptakan olehNYA salah satunya adalah soal Jodoh. Kerana jodoh itu rahsia dan milik Allah. Hanya dia saja tahu perjalan jodoh kita sedari kita di dalam perut ibu kita lagi. Soal bagaimana kita akan bertemu, bila dan siapa tiada siapa yang mampu menebaknya kerana semua itu kerja Allah. Jadi bila orang tanya kenapa aku kahwin muda, aku akan jawab simple, semua itu kerja Allah. Siapa kita manusia mempersoalkannya kan? Ramai yang tak menyangka aku akan kahwin muda. Jangan kan orang, aku pun sendiri tak sangka yang yang baru mencecah 19 tahun dan masih belajar ni sudah menjadi isteri orang. Bersuamikan lelaki yang mudah setahun pula tu.

Semuanya bermula apabila aku tersilap nombor. Aku nak telefon jiran aku. Tapi tercall orang lain. Melalui itu la kami kenal. Perkenalan kami hanya pendek saja. Kami just ambil masa 3 bulan kenal dan lepas tu dia terus datang dengan rombongan meminang.

Siapa tak terkejut kan? Kahwin pada umur yang muda. Aku lagi terkejut. Haha. Tapi alhamdulillah. Yang penting restu orang tua. Aku bahagia hidup dengan dia. Dan kini, kami dikurniakan cahaya mata lelaki.

Tapi kebahagiaan itu Cuma seketika. Cuma mampu bertahan 2 tahun. Tidak lama bila aku dapat tahu dia ada orang ketiga. Hati perempuan mana tak sedih bila dapat tahu orang yang dia sayang ada orang lain.
Suami dia pula tu. Cuba cakap? Tambahan pula kami sudah mempunyai seorang anak lelaki.

Dan kini, aku tengah tunggu dia pulang untuk jelaskan segala-galanya. Aku dapat tahu pun daripada kawan dia. Tapi aku masih tak percaya ,sampailah aku nampak dengan kepala mata aku sendiri yang dia ada orang lain. Ada bukti lagi. Aku cuba kuatkan hati. Demi anak aku.

“ Assalamualaikum.”

Dia dah balik. Aku cuba maniskan muka. Senyuman ditarik walaupun nampak hambar.

“ Waalaikumussalam.”

Aku salam tangan dia lalu mengekori dia sampai ke sofa. Dia duduk melepaskan lelah. Manakala aku pula duduk sambil memangku putera aku. Aku cuba mengambil nafas. Aku nak selesaikan malam ni juga. Aku tak nak tangguh or aku akan terluka lebih teruk.

“ Abang. Saya nak cakap sikit.”

Aku kerling dia yang sedang memicit kepala itu.

“ Boleh beri abang berehat sekejap tak?”

Walaupun kedengaran agak perlahan tapi aku tahu dia sedang menahan kesabaran.

“ Lia tak nak tunggu lebih lama lagi. Lia nak selesaikan malam ni juga.” Tegasku lalu memandang tajam ke arahnya.

Dia yang elok tengah picit dahinya tadi terus membuka matanya dan memandang ke arah ku. Wajahnya yang tertanya-tanya membuatkan aku tersenyum sinis.

“ Kenapa ni Lia? Ada masalah ke?”

“ Bukan Lia tapi abang. Abang ada sembunyikan sesuatu daripada Lia ke?”

Dia terdiam. Tapi dia masih memandangku. Aku pula terus toleh ke arah lain. Sambil itu aku mengelus lembut rambut putera aku itu. Itu saja sumber kekuatan aku kini.

“ Lia nak abang mengaku.”

“ mengaku apa?”

“ Mengaku yang abang ada perempuan lain!”

Aku pandang dia dengan hati yang bara. Dia kelihatan terkejut dengan kata-kata aku sebentar tadi. Belum sempat aku nak sambung lagi, tiba-tiba puteraku menangis. Maybe dia terkejut.

“ Rasanya Razman nak tidur. Lia pergi tidurkan dia dulu. nanti Lia turun.”

Baru saja aku nak bangun. Razman terlebih dahulu diambil dia.

“ biar abang dodoikan dia. nanti abang turun. Abang pun nak selesaikan malam ni juga.”

Dengar saja kenyataan dia tu. ternyata betullah dia memang ada perempuan lain. Tapi semenjak bila agaknya? Air mataku terus mengalir ke pipi. Ya Allah. Adakah dia bukan jodoh ku yang sebenar? Kenapa hal ini harus terjadi? Ujian ni berat Ya Allah.

Hampir setengah jam menunggu. Akhirnya dia turun ke bawah. Tapi kali ni pakaian dia lebih santai. Maybe dia pergi bersihkan diri dulu baru turun. Dan kini dia duduk betul-betul berhadapan dengan aku.

“ Jadi.. betullah…”

Tanganku dicapai sebelum sempat aku habiskan kata-kata aku. Aku terus pandang dia dengan renungan terluka.

“ Maafkan abang. Abang tahu abang salah. Ya. Abang memang ada perempuan lain. Tapi abang tetap sayangkan family ni. Abang sayangkan Lia.”

Terus aku tarik tangan aku daripada genggamannya. Tersenyum sinis aku dibuatnya setelah dengar perkataan sayang tu.

“ Sayang? Ada makna lagi ke perkataan sayang tu? kalau betul sayang abang takkan pasang lain.”

Dia meraup wajahnya perlahan. Dia kelihatan kesal dengan apa yang berlaku.

“ Maafkan Lia. Tapi Lia tak boleh terima semua ni. Abang ingat hati Lia ni barang mainan ke? Hati Lia ni bukan untuk dipermainkan tahu tak? Kalau betul abang sayang Lia abang tak patut buat macam ni. Anak kita. Kesian dia bang.”

Dia membuat anggukan kecil lantas bangun dan duduk di sisi aku pula.

“ Ya. Abang tahu. Abang salah. Maafkan abang.”

Aku menggeleng kecil. Dia ingat ini kesalahan kecil ke? Ini melibatkan perasaan tau tak?

“ Boleh. Tapi dengan satu syarat.”

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum toleh memandang dia. Dengan kekuatan yang masih berbisa, aku mengungkap perkataan yang paling dibenci oleh semua perempuan dan Allah.

“ Ceraikan Lia.”

Serentak itu air mataku mengalir laju ke pipi. Dengan pantas juga aku bangun dan membelakangi dia.

“ tapi Lia..”

“ Ceraikan Lia atau Lia akan pergi minta pada mahkamah sendiri. Abang pilih lah.”

Terus aku berlalu naik ke atas. Ya Allah. Sesungguhnya Kau lebih tahu segala-galanya. Kuatkan hati aku Ya Allah. Itu saja yang aku pinta kini. Andai dia bukan jodohku yang sebenar, aku redha.