chapter 1

Riuh kedengaran suara peminat-peminat Zayn Fikry yang menjerit apabila Zayn berjalan naik ke atas pentas bersama Fara Zana untuk mempromosikan drama terbaru mereka.

Zayn sejujurnya terharu dengan peminatnya yang sentiasa berikan sokongan terhadap dia. Walaupum ada juga yang membenci dia, tapi dia tetap bersyukur dengan orang yang selalu menghargai titik peluhnya.

"Zayn, you nak makan dulu dengan I? " tanya Fara Zana.

"Hmm, maybe later I penatlah Fara. I balik rumah. "

"Ala you ni. Sekejap sahaja. "

"Sorry, next time I call you for dinner. I nak pergi toilet. Excuse me. "

Bukannya Zayn tak perasan yang Fara itu memang ada niat untuk menggodanya. Dari semasa dia berlakon lagi Fara ada sahaja nak cari alasan untuk keluar bersama. Sebagai pelakon, Zayn mahu menjaga imejnya. Dia tak mahu orang fikir yang dia popular hanya kerana gosip murahan yanh dia tabur. Dia mahu jadi seorang bintang yang profesional.

Zayn menarik pintu masuk. Dia melihat dirinya sendiri di cermin singki tandas. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati.

Zayn terus sahaja bergerak ke tandas untuk melepaskan hajatnya. Dia menolak pintu dengan agak kasar tanpa dia sedar rupanya ada seorang tukang cuci tandas ada didalam untuk mencuci tandas. Gadis itu terjatuh akibat terkena pintu yang ditolak Zayn Fikry.

"Maaf cik, saya tak perasan cik sedang cuci tandas. "

"Tak mengapa. "

Zayn melihat gadis itu mengambil dompetnya yang jatuh, duit didalam dompetnya tidaklah banyak mungkin hanya dalam lingkungan RM10. Dia melihat gadis tadi itu terus keluar dari tandas dan ke singki untuk membasuh dompetnya.

Zayn terus sahaja masuk kerana sudah tidak tahan. Selesai sahaja dia keluar untuk mendapatkan gadis itu.

"Cik saya betul-betul minta maaf. Saya tak berniat langsung untuk buat begitu. "

Malangnya gadis itu hilang. Gadis itu tidak lagi berada di singki. Zayn juga hairan. Mengapa gadis itu kelihatan sungguh sedih. Duitnya tidak cukupkah? Dia terkejut sebab terserempak dengan aku ke? Tidak mungkin hanya nampak aku dia sedih begitu. Siapa dia?

Argh Zayn, kau terlampau penat sahaja. Jangan fikirkan bukan-bukan. Tiba masa kau pulang dan rehat.