BAB 1

“Dyra!”

Ku Yana sepantas mungkin berlari mengejar Dyra yang sudah pun meninggalkan perkarangan sekolah. Dyra sudah pun duduk menunggu kedatangan bas untuk pulang ke rumah. Sementah menanti Ku Yana sampai. Dia hanya terseyum dengan gadis comel itu.

“Dyra!”

Sekali lagi namanya di panggil.

Kini Ku Yana berada di hadapan matanya dengan nafas yang tercungap-cungap. Dyra melihat sahaja gelagat teman baiknya itu. Senang dia melihat senyuman yang terukir pada insan di sekelilingnya.

“Dyra.”

Untuk kali ke tiga namanya di panggil. Tetapi Ku Yana masih belum bercerita tentang apa yang ingin dia bagitahu sampaikan tiga kali namanya di panggil. Dyra memberi ruang kepada temannya itu untuk menarik nafas sedalam mungkin dan menghembuskannya. Apabila degupan jantungnya kembali normal, barulah Dyra memberi isyarat untuk Ku Yana membuka kata.

“Dyra..”

“Yep.”

“Dyra, saya nak tanya awak. Lepas ni awak plan nak buat apa. Kitakan dah habis paper hari ni.”

Ku Yana ni memang slow sikit. Kalau nak bercakap adalah lebih tiga empat kali memanggil nama mereka yang ingin Ku Yana temui.

“Erm, saya ingat nak kerja sementara dulu. Lepas dapat keputusan, barulah saya decide nak sambung belajar dekat mana.”

Mereka sama-sama duduk di bangku besi yang telah di bina untuk keselesaan awam sementara menantikan kedatangan kenderaan yang mereka ingin naiki. Kereta ke, bas ke, teksi ke. Motor ke. Banyaknya ‘ke’ kan.

“Alah. Awak nak keje ke? Awak nak keje mana?”

Soal Ku Yana seakan gelisah.

“Saya ingat nak minta kerja dekat bandar. Jadi pelayan kedai makan pun tak apa.”

“Jadi pelayan?”

Perlahan sahaja suara Ku Yana bertanya.

“Iye. Kenapa Ku Yana?”

“Saya nak ikut awak jugak kerja dekat bandar tu. Tapi saya takut mak ayah saya tak bagi.”

Ku Yana menundukkan kepalnya.

Teringat dia bagaimana rupa bengis kedua orang tuanya yang sememangnya melarang dia untuk bekerja apatahlagi sebagai pelayan kedai makan pula tu.

Maklum sajalah. Ku Yana ni dari golongan keluarga yang berada. Yang di hormati oleh semua golongan masyarakat setempat.

“Ku Yana, kalau keluarga awak tak bagi janganlah awak membantah. Nanti apa pula kata mereka kalau awak melawan cakap mereka. Awak kan anak yang taat pada orang tua.”

Ku Yana merenung muka teman baiknya itu dengan perasaan yang berbaur. Selepas ini sudah tentunya mereka akan berpisah jauh.

“Kenapa awak sedih?”

Tanya Dyra. Dia perasan kekeruhan di wajah temannya itu.

“Saya sedih. Lepas ni mesti kita takkan jumpa lagi. lepas tu awak pulak mesti sibuk kerja. Kita dah tak ada masa nak jumpa macam selalu lagi.”

Setitis airmatanya mengalir membasahi kelopak matanya yang berbulu mata lentik itu. Mata bundar milik Ku Yana mudah sekali menangis.

“Dahlah. Janganlah menangis. Macam budak kecil je. Kitakan dah besar. Kena lebih tabah.”

Nasihat Dyra.

Di sentuh lembut bahu temannya itu. Selang beberapa minit kemudian, datang sebuah bas Iskandar Malaysia berhenti depan mereka.

“Kita jumpa lagi. Bai.”

Itulah kali terakhir Ku Yana bertemu muka dengan Dyra. Selepas itu tiada lagi khabar berita dari teman baiknya itu.

Entah sihatkah dia. Matikah dia. Pernah juga Yana menyatakan hasrat hatinya untuk bertemu dengan Dyra tetapi ayahnya melarang.

Kata ayahanda Ku Yana, dia boleh pergi asalkan dia harus di temani oleh abangnya ataupun bondanya sahaja.

Janji hanya tinggal janji bila semua orang dah mula sibuk dengan kerja masing-masing. Dan Ku Yana hanya menjadi petung cendana di rumah banglo dua tingkat ini.