BAB 1

"Azril !?"
Seorang lelaki yang baru keluar dari biliknya terdengar ada orang memanggil namanya . Dia terus berjalan keluar ke ruang tamu .
"Azril !? Mana kau !?? "
"Ish ! kau rupanya Nazri . Apahal datang rumah aku pagi-pagi nih ? terpekik-pekik macam bini nak beranak . Kau nak aku kena maki hamun dengan jiran-jiran ?" Dengan muka marahnya sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan televisyen .
"Hah ! Ada pun kau . Hehehe , jangan laa marah abang Ril . Alah , mana aku tahu . Aku ingat kau tak ada kat rumah . Kau kan asyik sibuk dengan kerja aje . Kau tak kerja ke ? ." katanya sambil mengangkat dua belah keningnya .
Berkerut dahi Azril apabila dia mendengar kata-kata kawannya .
"Banyaklah kau . Tak , aku cuti hari nih . Eh , Sejak bila pulak aku jadi abang kau ? Eh Naz , sedar sikit kau dengan aku sebaya aje ehh . Ada hati nak panggil aku abang ."
Nazri ketawa .
"Alaa kau nih , bukan selalu pun . Sekali-sekala aku nak anggap kau abang . Takkan tak boleh ?" guraunya .
"Tak ade , tak ade . Kau tuh aku patut panggil kau abang . Kau tengok muka aku nih , ala ala baby face tak ? Comel aje tapi hensem kan ? Hahahaha "
Sempat lagi Azril memuji dirinya .
Tapi memang betul pun . Dia ada darah keturunan belah ibunya , Melayu Korea . Manakala belah ayahnya pula , Melayu Arab . Azril ikut belah ibunya , muka diorang seiras macam Korea . Kalau jalan sekali nampak macam adik-beradik aje . Adiknya pula ikut belah ayah . Kedua-dua mereka tampan seperti jejaka malaya , diminati ramai gadis di luar sana .
"Eleh aku tahu lah ramai yang minat dekat kau , dengan bergayanya lagi . Jawatan besar pulak kau ada kan , Memang berebut lah gadis-gadis kat luar tuh . Tambah pulak kau yang sentiasa amalkan tanggungjawab sebagai umat Islam . Wah boleh lah kalau makcik pakcik nak buat menantu ." ujarnya sambil ketawa .
Azril tersenyum sambil menjeling ke arah kawannya .
"Tanggungjawab Naz , apa gunanya kalau hidup lama kat dunia nih tapi tak solat . Aku nih manusia biasa , Allah hantar aku sementara aje kat dunia nih . Apa yang aku ada nih semua rezeki Allah bagi . Alah , Kau pun apa kurangnya . Jangan melebih-lebih nak puji aku bagai . Kau pun sama aje . Kalau tak , tak ade lah sampai orang nak serang kau kat rumah ." Azril menjawab sambil ketawakan kawannya .
Nazri yang tersenyum dari tadi terus memasamkan mukanya .
"Kau nih , saja kan nak kena kan aku . Aku tak nak ingat lah kes tuh . Tak mahunya , sejarah takkan berulang . Sebab tuh aku takut nak bercinta cintun bagai nih . Aku ada laa jugak tapi kurang sikit dari kau . Kau banyak kan Ril ? Itulah untungnya aku dapat kawan macam kau ." Jawabnya sambil ketawa .
Azril menjeling "Hah ! sudah . tak ada nyaa ."
Nazri hanya ketawa besar . Dia dari dulu suka mengusik kawannya .
"Nih Ril , aku datang nak jemput kau datang rumah aku petang nih . Ada lah mak aku nak buat makan-makan sempena hari pertama aku kerja kat syarikat tuh .Tapi kau datang lah tengahari . Boleh kau tolong aku angkat barang ." katanya sambil ketawa .
"Tak kuasa aku , tidur lagi best . Hari-hari mengadap muka kau aje . Bosan . Petang , aku datang makan aje . " katanya serius sambil mereling matanya ke arah kawannya .
"Tak apa lah Ril . Sapa lah aku bagi kau ." rajuknya dengan mulut mencebik .
"Ohh , dah pandai merajuk kau nih ? Muka tuh dah macam kerang busuk pulak aku tengok ! Kejap lagi aku pergi lah . Kau ingat aku teruk sangat ke tak boleh tolong kawan ? " Azril menjeling ke arah kawannya .
"Hahaha , aku saja aje lah nak tengok reaksi kau . Terima kasih Ril . Kau lah sahabat aku dunia akhirat . Itu yang buat aku sayang kat kau ." Nazri ketawa lagi .
"Eleh , sayang konon . bodek aje tau ." omelnya .
"Hahaha , okaylah Ril . Aku gerak dulu , nak pergi beli barang lagi . Lewat pulak nanti ."
"Okay Naz , hati-hati bawak kereta tuh ." ujarnya sambil bangun ke anak pintu .
"Okay terima kasih , Ril ? " dia memanggil .
" Ya kenapa ? " soalnya dengan kening diangkat sebelah .
"Kau bosan tengok muka aku ke ? Sebenarnya , Aku lagi bosan tengok muka kau "
Nazri terus ketawa terbahak-bahak . Azril hanya buat muka bengang . Melihat Nazri gelak , akhirnya Azril pon tertawa . Agaknya dia tak tahan melihat gelagat kawannya .
Nazri melihat jarum jam di lengannya , dah menunjukkan pukul 10.30 pagi . Rasanya tidak boleh ditunggu lagi . Takut lewat pulak langsungnya majlis makan-makan di rumahnya itu .
"Okay Ril , aku kena bergegas . sudah sudah gelak tuu . Tidak ku sanggup lagi ketawa . Hahaha aku gerak dulu , Assalammualaikum Ril." katanya sambil menghidupkan enjin keretanya .
Azril tersenyum .
"Yaa Naz , Waalaikummussalam..." sahutnya.
Selepas melihat Nazri sudah hilang dari pandangannya . Dia masuk ke dalam rumahnya sambil menutup pintu . Tekaknya kering semasa bergelak ketawa bersama Nazri . Azril berlalu masuk ke dalam dapur untuk mengambil segelas air jus oren untuk diminum .
Kemudian dia menaiki anak tangga untuk ke bilik . Dia menghampiri katil lalu merebahkan badannya .
"Haihh , Letihnya badan nihh .." katanya sambil menguap . Kelihatan angin yang bertiupan membuatkan dirinya berada mengantuk .
Azril yang cuba menahan mata dari tidur , sedar tak sedar , akhirnya dia tertidur juga .. Kesejukkan angin luar membuatkan dia nyenyak dari tidurnya ..