Prolog

8 Mac 2017, 5.40 petang.

Hujan lebat membasahi bumi. Payung di tangan ku pegang erat. Rembesan air hujan di tanah ku kuis dengan kaki. Lantunan lagu If You're Not The One by Daniel Bedingfield menenggelamkan lamunan aku dari realiti.

Aku cuba mengingati satu wajah. Namun, kosong... Tanpa sedar, seseorang berdiri di sebelah. Dia?

Dia berkata sesuatu. Melihat aku masih berdiam, dia mengerut dahi. Bibirnya masih terkumat kamit menyatakan sesuatu.

Gema alunan lagu menyukarkan pendengaranku. Lantas, aku mencabut wayar earphone di telinga.

"Pardon me?" Aku bertanya kembali.

"Kenapa tak balik lagi?"

Dia menagih jawapan dariku.

"Hujan."

Aku menadah air hujan dengan tangan. Dia tak nampak hujan tengah lebat?

"Bukan tengah teringatkan Mr. Dia?"

Eh, macam mana dia tahu?

Aku membisukan diri. Sensitif bila sebut tentang Mr. Dia. Persoalannya aku biarkan menjadi tanda tanya.