BAB 1

Menangislah hari ini kerana kehilangan kerana esok pasti kau tersenyum kerana Tuhan akan menggantikan sesuatu yang lebih baik.

‘‘Jagalah kau!!! Arghhhh!!! Athiera! Athieraaaa’’…. Ayra berlari menaiki tangga rumah sewanya dan terburu-buru memasuki bilik kawannya itu. Gedegang! pintu bilik Athiera ditolak kuat.

‘‘Weh, kau apahal Ayra! terkejut aku tahu tak… agak-agak la wei, hadoiii, kalau la aku ni ada penyakit kronik, mahu matinya aku dengan kau ni!!!’’. Marahnya dengan Ayra, tangannya laju menghentap kasar earphone di telinga.

‘‘Opsss, sorry bebeh!, ala, sebab kau takda penyakit kronik la aku buat macam tu, ala kau pon satu hal, dengar lagi lagu pakai earphone, memang la tak dengar aku panggil kau. Erm Athiera, kau taw tak…’’.

‘‘Tak!!’’. Athiera menjawab pantas.

‘‘Eh, aku tak habis cakap lagi la, jangan la potong’’. Ayra buat muka .

‘‘Dah –dah, kau tak payah buat muka itik kau tu, benci aku tengok.’’

‘‘Athieraa…. Kau ni kan !! Kau memang saja nak sakit Kan hati aku, amik kau…hahaha… amik… amik, rasakan!!’’

‘’Weh, weh… dah…stoppp!!! Aku nak terkencing ni… Ayraaaa…!’’

‘‘Kau ni Athiera, baru kena geletek sikit dah nak terkencing. Problem betul la kau ni. Baik kau pergi buat medical check up kat pakar sakit puan.Ada skru yang loose tu.’’

‘‘Banyak la kau punya loose.Kau nak ape sebenarnya ni? Tadi beria sangat tendang pintu bilik aku. Kau! kalau aku tak dapat deposit rumah dengan uncle sebab kau. Kau aku tendang.’’

‘‘Eh, aku pulak. Aku tolak la bukannya tendang. Bukannya kuat mana pun. Hehehehe….’’ sengihan yang menampakkan sebaris gigi yang putih bersih.

‘‘Weh, kau jangan nak buat iklan colgate optic white plak kat sini ea!! Tersengeh sengeh. Kau nak apa sebenarya ni?’’

‘‘Eh, aku lupa. Athiera! bangun-bangun cepat weh, siap cepat. Nanti lambat. Dah nak dekat 6.30 petang dah ni. Arghh …. Berat jugak kau ni, kau makan apa ni weh??’’

‘‘Eh, berat ea? Aku baru je makan anak gajah tadi. Weh, lepas la. Aku boleh bangun sendiri la. Tak payah nak angkat aku. Aku bukan macam kau, cacat. Cacat itik, full stop. Hahahahha.’’ Tak habis-habis mengenakan Ayra.

‘‘Weh, melampau betul la kau ni Tyra. Mana boleh kau nak samakan aku yang cun gila ni dengan itik. Kau taw tak, ramai orang cakap muka aku ni iras-iras actress dalam cerita The Inheritor tu, Park Shin Hye. Owh, my Lee Minho. Oppa, muah-muah, muuuaaaahhhhh!!!!!’’

‘‘Eh, wait Tyra! sekarang pukul berapa?’’ Bergaduh dengan Athiera membuatka dia lupa agendanya yang sebenar.

‘‘Erm, almost 6.30 pm. Why?’’

‘‘Eh,Tyra, cepat siap.Nanti kau lambat. Peluang depan mata ni, sayang kalau tak manfaatkanya. Cepat-cepat, nah pakai tudung ni. Sempat lagi ni. Eh, pink note mana? Kau dah siapkan note kan?’’

‘‘Jangan tolak aku.Ye, aku tengah pakai tudung la ni. Nak pergi mana ni? Dengan pink note segalanya bagai. Eh eh eh… harini Rabu ke?’’

‘‘Yela cik Athiera Adreena Binti Adam oiii…harini hari Rabu. Hari Rabu yang bermakna kan sayang? Cepatlah, tunggu apa lagi.’’

‘‘Eh, kejap. Tak kan nak pergi macam ni je? Selekeh la. Seluar track dengan T-shirt? Kata nak seduce, tak kan la pakai macam ni.’’ Kurang memuskan dengan pakaian yang tersarung. Gila ke apa Ayra ni.

‘‘Masalahnya, dah takda masa. Mamat vespa kau tu dah nak habis kuliah ni. Bila-bila masa je dia boleh sampai rumah.And one more thing. Kalau guy tu dah minat giler kat someone, dia tak kisah semua ni. Kau pakai apa pun tetap cantik depan mata dia. Dah-dah, jom turun. Cepat!!!’’

‘‘But Miss Ayra Firzana, this girl yang minat giler kat dia.’’ Menunding jari tepat ke muka. ‘‘Dia tak kenal pun aku, so sad. So, tak nak la bagi bad impression weh. Tak nak la aku’’.

‘‘Weh, Tyra oiii. Dah lambat ni. Kau jugak yang terlepas nanti.’’

‘‘A’ah kan. Susah betul la nak jumpa mamat tu. Just hari Rabu je boleh terserempak dengan dia. Erm, is ok. Test market la katakan. Cun ape pakai macam ni. Natural gitu…Hahahaha… betul tak weh? Jom turun. Nanti tak sempat pulak nak tengok muka dia yang tomei tu. Huhuhu.’’

‘‘Ha, macam ni la baru betul Athiera Adreena namanya. No tear! no fear!, just be real!.’’Hahaha. Serentak mereka berdua melaungkan slogan kebanggaan mereka. Be real? Plastik sangat! Huh.

Dundang dundang.Berlari menuruni tangga! childish sangat. Nasib kau la tangga, siapa suruh made in wood. Memang berbunyi la. Masing-masing badan, erm chubby gitu. Hehehehe, comel ok. Match sangat dengan abang vespa…hohohoh… wait for me!!