BAB 1

Hari sudah telat namun Rania masih khusyuk membuat kerja. Melakar pelan biru baru untuk projek pembangunan Seri Iskandar. Tidak hairan dia merupakan satu-satunya arkitek perempuan di syarikatnya.

Kemahirannya dalam jurusan pembagunan ternyata membuahkan hasil. Rumah banglo dua tingkat kelihatan senyap sepi. Hanya bertemankan kipas siling yang ligat dan lampu siling yang terang bersuluh.

Peluh yang merenik diusap menggunakan tisu kertas dari kotak. Jam dinding yang dikerling menunjukkan pukul 10 malam.

“Aduh, susah jugak nak lukis ni!” Rania merungut sambil menggaru kepalanya, sehingga rambutnya yang mengurai ke pinggang kusut dibuatnya.

Telefon rumah ber

dering. Rania segera bangun dari kerusi lalu mencapai gagang telefon.

“Hello?”

“Nak main game dengan aku tak?” suara garau seorang lelaki bergema dari corong telefon.

Rania pun terkedu, tersentak. Tiba-tiba sahaja ingin minta bermain dengannya. Urat akal dah putus atau urat malu dah terpotong? Rania berbisik sendiri.

“Maaf, encik ni siapa? Tiba-tiba aje nak mintak bukan-bukan!” Rania terus mengakhiri perbualan lalu duduk semula di kerusi.

Rania juga semakin runsing, perasaan aneh juga ada. Sejak dua menjak ini Rania selalu sibuk dengan kerja, sehingga tidak dapat menanggung kerjanya itu. Sepatutnya ia diberi kepada orang lain jika dia tahu akibatnya.