PROLOG

Merentasi pohon lebat itu kedua kaki berlari dengan perasaan yang amat takut..Dia kejar aku lagi?Tapi kenapa?Apa yang dia mahukan sebenarnya?Aku cuba menoleh ke belakang bayangan itu masih mengejar aku ngn mukanya yang menakutkan ..gigi yang tajam sehingga menampakkan tulang pipi dan tubuhnya yang kurus kering..Dia ketawa melihat telatah panik aku..

"Tolong!!Ada sesiapa tak kat sini!!Tolong kalau sesiapa dengar!!"jeritku hingga bergema memecah suasana hutan gelap yang sunyi itu..Aku sudah berpeluh dek baju pun sudah basah..Bayangan tadi masih jauh mengejar tapi aku dah terlalu penat hampir setengah hari aku berlari.

Semakin lama bayangan itu mendekati..Aku sangat ketakutan dia merenung sepasang mataku ngn matanya yang merah menyala..Apakah semua ini realiti?

"Got you!!Aku akan makan kau!!!!"

Jeritannya bingit dalam kepala..Aku tak patut mati sekarang ada banyak lagi yang aku mahu buat!!..Aku menangis ketakutan ..

"Jangan aku tak nak!!"

Aku terjaga dari mimpi yang buruk itu..badan berpeluh-peluh di atas katil itu..Aku melihat kedua tapak tangan ku..ni mimpi?Aku menampar pipi sendiri cuba mencari kepastian..ya ini bukan mimpi.Aku pegang kepala sambil menggaru-garu..Mimpi yang sama berulang-ulang kali..Kenapa aku selalu mimpi benda yang sama?

"Lisa apa lagi kau buat kat bilik tu!!Dah pukul 10 abang sedara kau dah datang ni anak dara oi!!Ya Allah tak bangun lagi? Bertuah punya anak nasib lah aku yang lahirkan kau kalau tak mahu tak kahwin nanti.."tengking puan Zahirah yang memang sudah tahu perangai anaknya yang suka bangun lambat..Umur dah 25 tahun tapi masih suruh ibunya ini kejutkan..Tak tahulah bila kahwin siapa yang kejut siapa..

puan Zahirah mengerut dahi apabila Lisa masih berselebung dalam selimut..Dia pergi ke bilik air mengambil baldi berisi air dan menyimbahnya ke katil..Lisa serta merta bangun dari lenanya

"Ibu apa ni?..Nasib baiklah Lisa ni ada kekuatan yang tinggi kalau tak memang dah inallilah tau..Pagi2 jangan lah marah sangat nanti cepat tua.."Tersengih-sengih Lisa seperti dia tidak buat kesalahan..memang sikapnya begini bila ibunya
itu mengamuk..

"Memang dah tua pun!!Kau ni Lisa kerjanya asyik nak melawan je..kalau kau tu pandai dapat sijil banyak ibu tak kesah lagi tapi mengalahkan adik kau yang belajar kat Amerika tu!Kau tak malu ke ngn dapat keputusan corot bangun lambat pulak tu..Tak malu ke?"Rungut ibu ngn bengis..Macam singa dah aku tengok..Lagi satu aku bukannya lemah sangat dalam akedemik dapat juga A dalam Sivik..Mesti nak dibandingkan adik aku yang memang kerjanya belajar je..

Please Lisa takkan jadi macam tu..


"Dah bangun dari situ mandi cepat abang sedara datang nasiblah ibu cover kau tu sakit perut kalau tak kau yang dapat malu..Kalau tak turun bawah nanti siaplah kau ibu kerjakan!"Tengking ibu berlalu pergi dengan marah..Aku sempat memerli dia nasib baiklah dia tak nampak kalau tak abis lah aku..

Lisa menuju ke bilik air walaupun dia memang malas nak mandi..Betullah kata ibunya yang anak daranya memang perangai macam lelaki..Tak!! mengalakkan lelaki!!Tapi apa yang Lisa peduli anggapan orang lain tentang dirinya.. mekap..Baju..kasut not my taste..

cukuplah cita pasal tu yang lebih penting sekarang tentang mahluk menakutkan itu..Bayangan wajahnya masih tak dapat dilupakan bagaikan sebuah mimpi buruk yang tiada penghujungnya..Apa yang dia mahu kan?Dan apa tujuannya..Itu masih sebuah misteri..

Dengan tidak sengaja mataku terlelap dibuai mimpi.Aku berjalan masuk ke pintu yang sama apabila aku bermimpi..Aku tidur?Uhh ni yang tak suka ni..Takkanlah aku perlu melarikan diri lagi daripada makhluk tu..

kawasan yang sama di hutan dan persekitaran yang gelap..Tak silap aku kalau jalan terus akan kena kejar jadi aku pusing ke belakang ..Kali ni aku nak dia pulak yang datang cari aku..aku bersembunyi ngn baik di semak samun itu..

Dalam beberapa minit seperti jangkaan Mahluk itu mencari sesuatu..Cari akulah tu..Dia toleh ke kiri kejap ke kanan..dia berpusing-pusing di situ mukanya sangat runsing..Tapi tanpa sedari badannya yang hitam itu berubah lama kelamaan menjadi lembaga badan manusia..aku tergamam dengan apa yang berlaku...Eh?!

Dia Manusia?!

Rambutnya yang agak panjang..Matanya yang masih merah menyala diserikan ngn pakaian diraja vintaj..mukanya juga pucat seperti mayat hidup..Dia masih mencari aku adakala dia membetulkan topinya..Aku dah letih asyik mencangkung dari tadi..badanku digerakkan sedikit tapi mengeluarkan bunyi yang agak bising..yalah aku pun dalam semak jadi memang susah nak gerak..

"Siapa tu?!!"

"Keluar sebelum aku pancung kau!"

Dia berkata ngn lantang sekali..makin takut aku dibuatnya macam mana kalau dia tahu aku kat sini?..Aduhai..dalam cemas itu muncul pulak penyibuk iaitu nyamuk yang sedap je hisap darah aku.. Gigitan itu aku tahan sahaja kalau aku menggaru pasti akan kantoi nanti..Tapi lama kelamaan gatal itu makin terasa..Ahh aku tak tahan!!

Aku terus bangun dari situ dan mula menggaru ke seluruh badan..Mahluk itu juga terperanjat ngn kemunculan aku yang tiba tiba..tak sangka dia pun ada perasaan terkejut.. terkebil-kebil matanya melihat aku..

"Engkau bersembunyi rupanya!Kau mengintip aku ke?!"

"Aduh...lupakan semua tu dulu...Patutnya saya yang cakap macam tu..kenapa awak selalu sangat ikut saya bila saya kat sini..apa tujuan awak sebenarnya?cakap!"Cakap aku ngn terus terang..

"Itu tak penting!Pergi buat hal sendiri lah!"Dia menepis soalan dan terus melarikan diri..

"Hei!!Jangan ingat awak boleh lari dari saya lagi!! Beritahu cepat apa tujuan awak sebenarnya terhadap saya!!Oi Mahluk tak guna jangan larilah!!"Jeritku tapi sia sia nak halang dia berhenti kalau dia sudah lari dahulu..Tak guna!

tapi sekurang-kurangnya aku tak dikejar lagi..aku meneruskan perjalanan aku agaknya masih jauh lagi..Aku melihat signboard di situ.pelik tiada perkataan padanya ..mungkin aku perlu terus..

Di hujung perjalanan itu terbina satu perkampungan yang suram..Aku cuba memasuki kawasan itu walaupun aku tak berani..

"Hello..Sesiapa boleh tolong saya tak?Hello?"

sunyi..Penduduknya menutup tingkap apabila aku memandang mereka.Apa yang buat mereka ketakutan?..

"Pergi dari sini kalau nak selamat"Bisikan penduduk itu kendengaran..

"Tapi saya tak tahu saya di mana..Saya nak cari jalan..Keluarlah saya tak tahu tempat ini..bantulah saya"Pujuk aku.mereka masih tak berganjak..mungkin mereka sangat ketakutan..

"Cik mari ke sini.."

"Eh siapa awak ni?Saya nak tanya kenapa mereka semua takut semacam je..kenapa?"soalku kepada lelaki yang berbaju jubah hitam itu.. Senyuman nya terukir sampai ke pipi..Pelik..

"Hehe..Cik mahu kuasa?Cik mahu takluk dunia?Aku boleh beri segalanya apa yang cik mahukan kalau cik patuhi peraturan dalam perjanjian ini.."Katanya lalu menyerahkan satu surat panjang emas dengan tulisan yang aku tak faham..dia ni bergurau ke..

"tapi saya tak mahukan semua tu.. saya pun tak tahu apa dia tulis"

"cik tak perlu tahu kalau cik mahu bahagia bukan?Saya tahu cik pun mahukan kebahagiaan seperti orang lain..."katanya lagi..Betul aku memang tak bahagia realiti nya aku hanya berlakon yang aku gembira tapi sebaliknya tidak..Aku cuma mahu mereka gembira bersama aku..

"Masih ragu ragu lagi?cik lihat sekeliling cik ..mereka diseksa kerana rajanya yang kejam..mereka seperti cik inginkan kebahagiaan..jikalau cik setuju cik boleh mengubah pekan ini seperti yang sepatutnya"katanya lagi kali ni aku terfikir sejenak sambil mataku melilau kawasan itu...

mereka ketakutan ..

patutkah aku terima sahaja perjanjian ini..

"Cik selamatkanlah kami..jadilah permaisuri kami di sini..kami tidak tahan dengan penyeksaan raja kepada kami.."Rayu salah seorang budak yang masih kecil..Lisa kau mahu bantu mereka ke?

"Baiklah saya setuju dengan permintaan kamu..jadi saya perlu buat apa?"

"pilihan yang tepat..sila jaga cincin ini..jikalau cincin ini retak pintu untuk masuk ke sini akan hilang..jadi berhati-hatilah ya..Hehe..Lagi satu bola kristal ini digunakan untuk mudah kamu keluar masuk alam ini..tapi jangan sampai salah guna lah ya..Hehe..Jdi selamat berbahagia tuanku...Hehe"Katanya menghilangkan diri ke dalam kabus..yang tinggal hanya cincin dan bola kristal yang cantik..

Aku memakainya ke jari manis..Secara tidak langsung tempat itu mula bersinar menjadi tempat yang lebih baik dari sebelum ini..Keadaan aku juga berubah..Rakyat di situ akhirnya keluar keriangan yang akhirnya pekan mereka pulih sedia kala..mereka mengucapkan terima kasih kepadaku..

"Kita bebas!!Hidup tuanku Lisa!!Hidup tuanku Lisa!!"laung mereka ngn kuat..

senyuman manis terukir..alangkah indahnya seperti ini selalu..Mereka sangat gembira ngn kehadiran aku di sini..

Istana di kawasan itu terbina dengan cepat sekali..mereka mengalu alukan aku menjadi permaisuri mereka..inikah kuasa yang orang itu kata.. Mungkin bagi aku biasa sahaja tapi sekurang-kurangnya aku buat mereka bahagia..


____________________


"Tuanku Lisa!!!Kita ada berita buruk!!"