Bab 1

"Sial punya kereta.!" maki Adra Liyana. Sakit hatinya mengenangkan pintu pagar sekolahnya akan ditutup pada tepat jam 7.30 pagi. Jam di tangan direnung. Alamak! Dah 7.18 pagi. Agak-agak sempat tak dia sampai di sekolah kalau dia mula berlari sekarang,hatinya mula memikirkan apa yang patut dilakukan. Arrggghh! Lantaklah! Langkah diatur selaju mungkin. Dia tidak mahu berlari. Nanti tak pasal- pasal sampai sekolah macam orang baru lepas meroyan. Sungguh dia tak sanggup!

'Ish! Kenapalah semalam hujan.? Lecak sana-sini,! bebel hati Adra Liyana.

Pinnnnnn! Adra mengurut dadanya yang terkejut dek kerana bunyi hon kereta secara tiba-tiba. Sebuah kereta Mitsubishi Lancer berhenti di hadapannya. Hati yang tadi sakit tiba-tiba berbunga ceria. Abang Am!

Amirul keluar dari kereta lalu berpusing ke belakang. "Masuk cepat!" arahnya.

Adra Liyana dengan pantas memboloskan diri ke dalam kereta Mitsubishi Lancer itu.

"Nasib baik abang datang, kalau tak memang sah Ad kena denda bercinta dengan tiang bendera," bicara Adra setelah kereta itu mula berjalan.

"Kenapa Ad jalan kaki? Kereta mana?" tanya Amirul membalas percakapan Adra.

"Ad dah lempar dalam tong sampah," jawab Adra selamba.

Ish minah ni! Aku tanya elok-elok,dia boleh pangkah aku. Tinggal dekat tepi jalan kang baru tau. Nasib baik aku sayang kau minah pendek, bebel hati Amirul geram. Mata Amirul melirik kearah Adra yang sedang membetulkan rambutnya di sisi.





Adra duduk bertinggung di sisi kereta Amirul.Manalah Abang Am ni,? rungut hati Adra. Dia menunggu di kereta itu hampir sejam. Amirul telah memberitahunya bahawa dia perlu menghadiri mesyuarat persatuan selepas waktu sekolah. Jadi Adra perlu menunggu memandangkan Cik Mininya tersadai di tepi jalan pagi tadi.

Adra menoleh ke sisi apabila ada tin minuman bergolek di belakang kereta. 'Macam mana tin ni boleh bergolek,? Tin ni berhantu ke,? fikir hati Adra pelik. Dia berjalan itik kearah tin itu memandangkan dia sedang duduk bertinggung.

"Woi! Kau ni apehal,? Tiba-tiba muncul macam hantu ja," tegur satu suara di belakang Adra. Adra segera menoleh ke belakang. Ada manusia rupanya,ingatkan ada hantu tadi,bicara Adra dalam hati.

"Err... sorry saya ingat hantu yang gerakkan tin ni," balas Adra bersahaja.

"Siang-siang ni pun kau fikir ada hantu ke,?"

"Manalah saya tau,tak mustahil."

"Kolot betul kau ni!"

Eh, mamat ni dah lebih,bentak hati Adra,geram

"Wei mangkuk! Suka hati aku la nak kolot ke nak kalut ke nak kelaut ke, kau tu sibuk apehal,?" balas Adra tinggi.

Minah ni dah start meroyan la pulak,kata hati Ikmal.

"Lantak kau lah, muka ja comel. Sekali memekak, dah macam gaya kuntilanak ja aku tengok," balas Ikmal sengaja mencari pasal.

"Aku comel eh,?" kata Adra membalas percakapan Ikmal sambil tersenyum. Amboi Adra! Pantang puji sikit terus melambung kau!

Ikmal menjulingkan matanya ke atas. Aku nak panaskan dia, aku sendiri yang panas pulak! Malas melayan minah kuntilanak tak cukup umur ni. Langkah diatur meninggalkan Adra yang tersengih dari tadi. Ikmal menuju kearah motornya. Jeritan Adra tidak dihiraukan.




"Ad! Ad panggil siapa tu,?" tanya Amirul yang kehairanan melihat Adra yang terjerit-jerit.

"Opocot! Aku kuntilanak!" latah Adra terkejut.

Tawa Amirul meletus. Dia dari tadi melihat Adra ada bersembang dengan seorang lelaki. Niat di hati ingin meredakan cemburunya tetapi tidak menyangka Adra akan melatah sebegitu. Adra Liyana, gadis sepermainannya sewaktu kecil, menjadi ratu di hatinya sejak bila dia sendiri tidak tahu. Tiada sesiapa yang mengetahui perkara itu. Bagi orang sekeliling, Adra itu seperti adiknya. Tetapi di dalam hatinya menidakkan perkara tersebut. Dia mencintainya Adra Liyana sepenuh hatinya. Oleh kerana itu, dia sentiasa berada di samping Adra bagi menarik perhatian gadis itu. Dia tidak kisah, asalkan Adra tersenyum dan bahagia. Jika air mata Adra mengalir, dia akan terasa perit. Pernah sekali dahulu,dia membelasah seorang junior yang satu kelas dengan Adra kerana junior itu menolak Adra sehingga terkena bucu meja. Akibatnya, dia dipanggil masuk ke dalam bilik pengetua dan diberikan amaran lisan.

"Abang Am!" jerit Adra apabila panggilannya tadi tidak dihiraukan.

"Hah? Apa?" balas Amirul terkejut dek jeritan Adra.

"Abang ni, Ad panggil tadi diam je, macam orang kena sampuk hantu ja," kata Adra

"Tak ada apa-apa la," Amirul membalas. Mereka berjalan beriringan ke kereta.

"Ad, Abang nak lepak rumah Ad boleh,?" tanya Amirul sambil membelok ke persimpangan memasuki taman perumahan mewah yang didiami Adra.

"Sejak bila Abang pandai minta izin nak lepak rumah Ad ni,? Selama ni keluar masuk rumah macam hotel ja," kata Adra menjawab pertanyaan Amirul.

Amirul hanya tersengih. Rumah Adra diibaratkan rumahnya sendiri kerana dia lebih suka menghabiskan masanya di rumah agam itu berbanding di rumah sendiri. Di rumahnya bukan ada sesiapa pun. Ada bibik dengan tukang kebun yang diupah kakaknya untuk menjaga rumah agam itu. Ibu bapanya sudah lama dijemput Ilahi ketika dia berumur 7 tahun. Sejak itu, dia hanya mempunyai kakaknya,keluarga Adra dan bibik merangkap pengasuhnya. Kakaknya kini menetap di UK mengikut abang iparnya yang bekerja di sana. Tinggallah dia seorang di rumah agam itu



Amirul memarkirkan keretanya di porch kereta rumah Adra. Langkah diatur beriringan dengan Adra memasuki rumah Adra.

"Ibu dengan ayahnya mana Ad,?" tanya Amirul sebaik menjejakkan kaki ke dalam rumah.

"Pergi China, ada kerja apa entah," jawab Adra malas.

Amirul sudah masak benar dengan perangai Adra yang tidak ingin mengambil tahu mengenai perniagaan yang diusahakan oleh kedua orang tuanya.

Amirul melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan dengan televisyen. Remote control dicapai lalu ditekan punat merah untuk menghidupkan televisyen itu. Beg sandangnya diletakkan di tepi.

"Minum, tuan" kata bibik yang membawa segelas jus oren untuk Amirul.

"Bibik ni, susah-susah je. Saya boleh ambil sendiri la bik," kata Amirul terhadap pembantu rumah itu.

"Gak apa-apa kok tuan, udah menjadi kerja bibik," kata bibik dengan loghat Indonesianya.

Amirul mencapai gelas itu lalu diteguk perlahan sebaik sahaja bibik menghilangkan diri ke dapur.

"Abang Am!" sergah Adra seraya melompat ke atas sofa bersebelahan dengan Amirul.

Tersembur air di dalam mulut Amirul. Minah ni, nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau tak dah lama dah jalan tau!

"Eee.. pengotor la Abang ni!" kata Adra sengaja mencari pasal. Dia tersenyum melihat Amirul menyapu mulutnya dengan tisu.

"Ad!!! Jangan la buat macam tu," kata Amirul mengawal nada suara.

"Ok-ok sorry okay,?" jawab Adra sambil menunjukkan isyarat peace.

Adra mengerling ke arah Amirul yang dari tadi khusyuk menonton TV. Dia ni tengok TV ke? Macam nak tembus ja skrin TV tu aku tengok. Jap-jap bukan setakat skrin TV, dinding belakang TV tu pun boleh tembus kalau melihat cara Amirul merenung TV itu.

"Abang Am, nak tau tak, tadikan Ad ada bersilat dengan sorang mangkuk ni," kata Adra memcah kebisuan yang tercetus sejak tadi.

Amirul memusingkan badan menghadap ke arah Adra. Tertarik dengan percakapan Adra. Memang dia ingin tahu mengenai kejadian di sekolah tadi. Hatinya resah memikirkan perkara itu sampai dia nak menonton TV pun tak senang.

"Dia kata Ad kolot, sebab tu la Ad silat dia. Padan dengan muka! Harap muka ja handsome, perangai macam mangkuk ayun!" bentak Adra,geram. Kau ada silat dia ke Ad? Bukan tadi kau syok sendiri ke bila dia puji kau? bebel hati hati Adra

Nafas lega dilepaskan oleh Amirul. Nasib baik bergaduh, kalau bercinta menangis tak ada lagulah dia,bicara hati Amirul. Kuat betul cemburu dia! Air ditangannya tiba-tiba dirampas. Dia menoleh ke sisi. Dengan selamba Adra meneguk airnya sehingga habis. Kurang asam punya budak!

"Ad!!!!!"

Amirul mengejar Adra yang berlari mengelilingi sofa dan meja kecil di tengah-tengah sofa itu.




Ikmal memetik gitar di tangan sesuka hati. Arrghhh! Kenapa aku asyik ingat minah kuntilanak tu ja??!! bentak hati Ikmal. Gitar di tangan dilempar ke arah katil. Selalunya dia tidak kisah pasal hal-hal remeh yang terjadi, tetapi hati dan mindanya asyik terbayang-bayang wajah yang dipanggil kuntilanak itu. Memang tidak sesuai panggilan itu dengan wajah gadis tersebut. Gadis comel tapi pendek. Dia tersenyum sendiri apabila teringat akan kejadian di sekolah. Dia sebenarnya malu kerana terpuji gadis itu. Sebab itu dia cepat-cept blah apabila gadis itu bertanya semula. Apa nama gadis itu,? tanya hati kecilnya.

Lamunannya terhenti apabila handphonenya berbunyi. Batrisya. Gadis itu sering mengganggunya. Lebih-lebih lagi apabila mamanya turut menyetujui jika dia berhubungan dengan gadis itu. Deringan tersebut diabaikan. Dia kembali mengenangkan gadis kuntilanak itu. Senyuman gadis itu sering bermain di minda. Bunyi mesej yang masuk juga tidak dihiraukan.

Langkah diatur menuju ke katil. Dia berbaring merenung siling. Bayangan gadis kuntilanak itu tetap bermain di mindanya. Akhirnya, dia terlelap dengan senyuman di bibir dan bayangan gadis kuntilanak itu di minda.


p/s: bab seterusnya akan diupdate pada 15/09/2017

Tinggalkan komen anda agar saya dapat memperbaiki mutu penulisan saya