Bab 1

"Irah,bangun cepat mandi lepastu solat subuh!"kata Puan Zanipah mendesak.
"Hurmm,kenapa ni ibu? kelam kabut semacam je ni ? nak pergi mana ni ?"ujarku seloroh dengan ekspresi pelik.

yelahh,tetiba je mak aku ni nak kejut aku awal pagi ni,dahla pulak tu kelam kabut ,tak pernah aku tengok.bisikku manja didalam hati.

aku segera mengorak langkah menuju ke bilik mandi untuk mempersiapkan diri.

"Irah,dh solat belum?"tanya ibuku usai aku menghabisi solatku.
"Dah,ibu"jawabku pendek.
"Irah lepasni ada kenduri belah ayah kat Manjoi,ibu nak Irah siap-siap sebab kat sana tengah jammed,itu ibu gerak Irah awal"kata ibu tulus mengharapku membalasnya.
"Okay,mom!"jawabku ceria dan menyiapkan diriku dengan rapi.
"Icah,Irah dah siap belum?"ayahku menjerit cemas.
"dah ayah!" jawabku serentak.

Sesampai kami di Manjoi,terlihat ramai para tetamu yang hadir ke majlis belah ayah,yelahh sape tak kenal ayah aku tu seorang pengusaha terbesar yang kedua di Asia kira company tu ayah aku dirikan sendirilah dengan usaha titik peluh dia sendiri.

"Irah,ibu nak pergi salam dengan kawan-kawan ibu dulu,Irah duduk dulu ye,makan ke "ujar ibuku sebentar.
"Baik,bu"aku membalas walau sedikit mengeluh.

"hmmm..nak ambik sate dengan kambinglah,laparlah pulak"aku mengomel sendirian,perutku terasa bagai drum yang meletus akibat hentakan yang bernama 'lapar' menyusup.

Aku terus berjalan tanpa menyedari aku tersadung batu besar di hadapan,lantas seorang jejaka tampan memegangku.

"Nnnn...Nadia?!"ujarnya perlahan dan terkebil-kebil.

Aku segera melepaskan ikatan tangannya.Pipiku membara kehangatan
"Terima kasih"kataku perlahan dengan perasaan yang tidak dapat disamarkan.
"Sama-sama"dia membalasnya perlahan.

Aku langsung menuju ke tempat ibuku berborak dan menyibukkan diri dengan pertanyaan rakan-rakan ibuku walaupun rasa malu tadi masih lagi tidak hilang.