BAB 1

Fara menggaru kepala sambil merenung skrin latop. Otaknya masih berkira-kira sesuatu. Bukanlah perkara yang merunsingkan sangat pun tapi hatinya masih tidak tenang. Alih-alih ditutupnya latop dan terus mengemas bilik. Friend request dari Wan Akram Hatem itu lansung tidak dipedulikan. Diurut-urut sedikit pinggangnya yang sengal.

Tiga hari menjadi fasilitator kepada pelajar UPSR memang amat meletihkan. Melayan karenah budak-budak, dengan bau badan masam mereka, serta mulut tak henti-henti mengomel cukup merimaskan.

Walaupun terasa puas dan gembira menjadi sebahagian daripada organisasi program kolej terakhir semester ini, namun belum cukup untuk mengubah hakikat, Fara lebih suka menjadi anak bongsu malah amat-amat berterima kasih kerana ibunya tidak pernah menghadiahkan adik buatnya.

“Akak temankan kite tunggu abah kita ya”

“Takpa, awak duduklah dengan Ilman tu. Abah dia pun belum datang lagi.”

“Tak naklah, Ilman tuh stupid-stupid sikit, baju dia pun comot. A bit disgustinglaa kak” nafas ditariknya dalam-dalam sebelum memaksa diri menghadiahkan senyuman hambar. Dalam hati Fara berdoa supaya Akram cepat pulang.

“Akak nah, type your number. Kalau ada something bolehla Akram text ya. Please ea akak.”

Fara teragak seketika. Namun iPhone pelajar darjah enam itu tetap disambut dan pantas tangannya mengetuk kekunci .

“Your contact number laa kak, not your email”

“Nope, email should be fine. Akak ni kedekut sikit ngan kredit phone. So fb and tweet boleh kan?

“Great. Betul jugak tu. I’ll tag you all of our photos”

Fara tersenyum sambil ligat mengemas baju. Fara bukanlah sombong tapi sudah serik dengan drama kanak-kanak sebegini. Dulupun dia aktif menyertai program kolej seperti program anak angkat serta baktisiwa dan setiapkali itulah bertukar nombor telefon. Tapi kadang-kadang budak-budak begini over sangat sampai malas hati nak melayan. Pernah adik angkat yang baru darjah lima menelefon waktu subuh menangis kerana sedih hendak ke sekolah. Semuanya disebabkan baru sahaja berpisah dengan pakwe yang sekelas denganya. Pening juga otaknya hendak melayan.

“Argh, lama-lama nanti mesti Akram tu bosan nak tunggu aku approvekan. Biarlah kat dia” Fara semakin ligat mengosongkan bilik memandangkan cuti semester telah bermula. Hajat hati ingin bangun awal esok. Sebelum pulang ke rumah, bolehla singgah ke mana-mana shopping Mall untuk membeli novel habuan cuti panjang kali ini.