CERITERA 1

"Umi, kalau persetujuan Zira mampu membahagiakan umi dengan ayah, Zira ikut je. Zira tahu, umi cuba buat yang terbaik untuk Zira. Zira akan cuba kenal hati budi Hazwan. Lagipun Zira dengan dia pernah berkawan masa kecil. Tapi umi, kalau pertunangan ni putus tengah jalan, Zira harap umi dengan ayah serta keluarga Pakcik Asif tak salahkan kami"

Hazira bergolek-golek di atas katil. Ditatap cincin permata satu yang tersarung di jari manisnya. Perbualan lalu sering kali bermain di kotak fikirannya. Kini genap sebulan dia ditunangkan. Tanpa melihat raut wajah lelaki itu sekarang, dan tanpa melihat gambar lelaki itu, dia dirisik dan terus ditunangkan . Hanya nama lelaki itu yang dia ketahui, Hazwan Hamdan. Walaupun hampir sebulan bertunang, sedikitpun lelaki itu mahupun dirinya tak pernah langsung cuba untuk berhubung. Bukan dia tak mahu, tetapi hatinya sendiri belum dapat menerima sepenuhnya. Bahkan keputusan yang dibuatpun hanya sekadar mampu membahagiakan umi dengan ayahnya.

'Macam mana la Hazwan sekarang ni eh? Dulu nakal jugak tapi sekarang mesti baik. Yelah, mana ada orang sekarang senang-senang nak terima hubungan macam ni. Aku yakin umi jodohkan aku dengan orang yang baik-baik. Lagipun aku pernah kenal hati budi dia'. Hatinya berbisik. Meskipun banyak kali dia dengar cinta lepas nikah tu lagi membahagiakan, namun dirinya masih was-was. Ya. Was-was dengan keputusan sendiri. Tapi apa nak buat, keputusan dah setuju. Tak boleh nak patah balik. Tapi tak salah kalau dia nak cuba. Lagipun dia sendiri tak ada buah hati.

"Zira dah kemas semua?!" suara uminya lantang dari bawah.

"Dah umi!" laungnya kembali dari atas. Esok dia akan menjejakkan kaki ke tempat asalnya. Menetap di sana buat selama-lamanya. Enam tahun di sini dah cukup buat dia rasa rindu terhadap suasana di sana.

Hazira lantas bangun dari katil dan terus berjalan menuju ke cermin, sikat biru dicapai dan terus disisirkan ke rambutnya. Setelah diikat kemas, Hazira terus turun mendapatkan uminya.

"Umi, umi macam tak sabar nak balik je. Umi baru dua hari kat sini, tak kan cepat sangat rindu kat ayah" Nakal Hazira menyakat ibunya.

"Jangan nak mengarutlah kamu ni. Umi kena balik cepat, nanti butik tu tak ada siapa nak uruskan. Nak harapkan si Peah tu, entahlah. Customer datang pun boleh tidur. Nasib baik ada Mila. Dia jelah yang tolong umi. Nak tunggu anak-anak umi ni entah bilalah agaknya" Hasmah menarik perhatian anaknya.

"Ala umi ni. Umi tutup jelah butik tu. Duit ayah dah cukup tuk kita umi. Zira pun kerja jugak. Takkan tak cukup pendapatan kita sekeluarga. Hmm ?" Hazira memeluk bahu uminya.

"Nak tutup tu senang Zira. Tapi niat umi nak bagi dekat Mila je butik tu. Diapun dah lama kerja kat sana. Umi nak hadiahkan butik tu kat dia. Tapi itulah, umi fikir umi nak buat apa kalau tak jaga butik. Takkan umi nak goyang kaki je kat rumah. Bosanlah umi. Lagipun, kamu tu, kalau jadi dengan si Hazwan tu, lagi dua bulan kamu kahwin. Sama je umi kat rumah, bosan." Hasmah menarik muncungnya.

"Umi, apa kata umi selesaikan butik tu secepat mungkin. Lepas tu, umi buat resume, umi hantar kat syarikat ayah, umi mintaklah kerja tukang urut ayah kat sana. Mesti ayah terima. Ayah mesti letih kat sana. Sambil-sambil dia buat kerja, sedaplah sikit kena urut" Hazira cuba memancing uminya.

"Hazira Hamra! haaa.. nak kenakan umi biar bertempat ya. Kalau depan ayah kamu sakat umi macam ni, umi kurung Zira dalam bilik" Hasmah mencubit manja lengan anak daranya.

Hasmah sudah tersipu malu. Lagaknya seperti orang baru kahwin. Tawa mereka memecah kesunyian. Beberapa jam lagi, mereka akan meninggalkan bumi UK ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Zira! Zira!" bunyi laungan dari bawah cukup membuatkan lena Hazira terjaga.

"Emmmh.. kenapa pulak dengan umi ni? Baru semalam sampai, bagilah aku rehat sikit" bebel Zira dalam hati.

'Tuk.Tuk.Tuk' ketukan di pintu pula kedengaran. Dengan malasnya Hazira bangun. Hidungnya yang kecil dan sederhana mancung ditenyeh-tenyeh gatal. Hazira melangkah ke arah pintu.

"Ye umi, kenapa umi? Zira mengantuklah umi, umi kasilah Zira chance. Zira tak puas lagi mimpi" langkahnya malas menuju ke katil semula.

"Anak dara umi ni nak tunggu dua belas tengah malam baru nak bangun ke?" Dilihat anak kesayangannya itu menarik gebar menutupi mukanya.

"Alaa umi, belum pukul dua belas tengahari lagi" suaranya muncul dari dalam gebar.

"Belum pukul dua belas tengahari lagi? Kamu tengok kat luar tu. Matahari nak tenggelam balik dah. Kerja rumah semua dah selesai, baju semua dah kering, makanan semua dah masuk perut, umi pun boleh siapkan kerja kat butik lagi. Kamu ni dah nak kahwin. Bila nak ubah perangai. Esok-esok ada suami, suami yang jadi bibik" bebel Hasmah bertalu-talu.

"Umi yang suruh Zira kahwin. Zira kena bersedia. Zira nak berubah. Tapi belum masanya lagi. Macamana nak jadi isteri mithali." Jawabnya.

"Ewah, ewah. Salahkan umi pula. Bangun, sudah pukul empat setengah petaaang dah" sengaja perkataan petang itu ditekankan. Tangannya memukul-mukul punggung Hazirah.

"Hah!! Apa umi? Empat setengah petang? Kenapa umi tak kejutkan Zira?" terbeliak juga matanya.

"Iyalah. Dah nak malam balik dah. Sudah, jangan nak salahkan umi pulak. Umi dah kejutkan kamu dari sarapan lagi tadi. Ni orang pun dah habis lunch, nak tunggu dinner pulak" Hasmah berdiri dan terus melangkah keluar.

Hazira mencapai telefon bimbitnya. Sembilan pesanan ringkas dan dua puluh satu panggilan yang tak berjawab. Kesemuanya dari Zana dan Myra. Sahabat karibnya ketika menuntut di sekolah menengah dahulu.

"Subahanallah. Aku tak sedar. Macamana ni? Mesti dorang dah tunggu aku lama."

Bukan apa, sampai sahaja di Malaysia terus dia rakus menghubungi sahabat-sahabatnya itu dan mereka sendiri dah berjanji nak lunch bersama-sama. Tapi bukannya salah dia. Cuma malam tadi dia sukar melelapkan mata. Ruang bosannya diisi dengan melayari internet. Sedar tak sedar setelah empat setengah pagi, baru dirasakan matanya berat, dan sedar tak sedar jugalah empat setengah petang jugalah dia bangun.

"Zira. Menung lagi?" tiba-tiba Hasmah muncul dipetak biliknya. Hazira terpinga-pinga. Dalam kepalanya masih diulit rasa bersalah terhadap teman-temannya itu. Apa alasan yang perlu diberitahu sedangkan temannya sudah tak sabar mahu berjumpa dengannya. Begitu juga dia.

"Zira nak mandi umi. Sekejap lagi Zira keluar jumpa kawan-kawan"

"Siapa? Zana dengan Myra?"

"Iya umi. Zira dah janji dengan dorang berdua nak lunch tadi. Tapi dah terlajak. Nak buat macamana"

"Sudahlah Zira. Kamu turun jelah. Mereka pun baru sampai" jelas Hasmah.

" Hah? Dorang ade kat bawah umi?" terperanjat beruk Hazira.

"Iya sayang oii. Umi nak turun buat air. Kamu tu bangun. Jangan nak lepak-lepak lagi."

" Iyalah. Zira basuh muka dulu." Gadis itu terus meloncat menuju ke bilik air.

"Zana! Myra! Lama tak jumpa korang. Rindunya! Syira dengan Lia pun ada?" Mereka berpelukan sesama sendiri.

"Kitorangpun rindukan kau jugak" Zana mencelah.

"Kau kalau tidur tak ingat dunia ya? Sampai petang kau sedap tidur. Kitorang terpacak kat Coffee Bean tu melangut tunggu kau. Jari aku ni pun dah naik letih nak whatsapp kau. Alang-alang dah malas, terus aku call umi kau. Umi kau cakap, kau berselubung lagi. Kecewanya kitorang tak dapat jumpa kau. Last-last Zana ajak terus pegi rumah kau. Kitorang pun ajaklah Syira dan Lia sekali. Kebetulan hari ni bukan shift dorang. Tu, kau tengok tu" jarinya ditunjuk pada beg-beg baju ada lapan kesemuanya.

"Kitorang nak bermalam kat sini. Kitorang sanggup patah balik semata-mata nak packing baju. Esok kita pergi Pulau Langkawi. Bermalam kat sana, lima hari empat malam" Gaya jarinya dibuat mengikut nombor yang dikatakan.

"Kitorang dah minta izin kat umi dengan ayah kau, nak pinjam kau untuk lima hari ni. Ayah dengan umi kau dah bagi lesen, nak tak nak, penat tak penat, kau kena ikut. Anggaplah ni sebagai hukuman untuk kitorang yang dah tunggu berjam-jam kat coffee bean tu. Bosan tau tak? Dahlah waiter kat sana tak ada rupa. Tak boleh cuci mata langsung. Hah, Syira dengan Lia shift dorang hari jumaat. Zana minta cuti seminggu. Aku pulak memang time cuti sekolah. Jadi tak ada apa-apa halangan. Semua kitorang buat nak luangkan masa untuk kau ja tahu? Kau jangan kecewakan kitorang lagi. Haih, penat pulak aku cakap" Myra menelan air liurnya.

Dengan pantas dia terus mencapai gelas yang berisi limau ais. Diteguknya hingga habis. Mana taknya, memang dia je dari tadi yang berceloteh. Kalau dia yang bersuara, jangan haraplah orang lain akan bersuara.

"Kau tak pernah berubah dari dulukan Myra. Kalau dah bercakap orang lain nak cakap huruf A pun tak sempat" Hazirah tersenyum memandang satu-satu sahabatnya. Myra menayang giginya yang berpagar. Namun dia tetap lawa. Badan yang sedikit gempal dan kulit yang putih gebu memang mampu membuatkan lelaki memandangnya.

Kesemua rakan-rakannya cun-cun belaka, tetapi Zana hanya sederhana, parasnya hanya biasa-biasa, cuma apabila dia tersenyum pasti ada yang terkedu, hitam manis. Tapi jangan terkejutlah teman lelakinya setampan-tampan umat manusia. Tak sabar pula tu nak menempuh alam perkahwinan.

"Baiklah girls. Aku terima lamaran korang. I'm sorry okey untuk tunggu aku dalam sejam tanpa pakwe yang handsome yang boleh jadi tatapan mata korang. Aku tak sangka korang boleh planning bercuti sampai macam ni sekali. Mesti seronok kan?" Hazira sudah melonjak kegembiraan.

"Yes. But don't worry about the budget. Aku dah booking chalet kat Malibest for us. FOC. No need to pay. Family tunang aku punya kawan punya chalet. When I said that I nak booking chalet kat Zainal, terus dia cakap kat family dia and then terus family dia putuskan akan tanggung. Aku nak bayar separuh pun dihalang.

"Terbaiklah dapat kawan macam kau" Zana mencelah.

"Bukan aku yang terbaik. Tapi family Zainal tu yang baik. Nak buat macamana, bakal menantu kesayangan" Angkat bakul sendiri Syira masa itu. Masing-masing ketawa.
"Eh dahlah. Jom naik atas, aku tunjukkan bilik atau korang nak tidur dengan aku tonight?" Hazirah mencelah.

"Kitorang rasa, kitorang tidur bilik tetamu jelah. Bukan apa, kalau dah ramai-ramai nanti kesian dekat kau. Nanti sembang-sembang, kau pun tak cukup tidur. Lagipun kau boleh diconsiderkan baru sampai. Tidur sini pun tak selesa lagikan?" Natalia bersuara.

Dalam ramai-ramai kawan memang Natalia sajalah yang lembut sekali dan sopan santun. Kalau ada orang tua yang memandang mesti ada yang nak buat menantu.

Dia juga tak sukakan aktiviti lasak macam sahabatnya yang lain. Masuk hutanpun dia tak berani, katanya takut. Tapi jangan salah sangka, walaupun lembut, namun hatinya kental melihat darah semua. Teman hidupnya ialah orang-orang yang kaku. Mayat. Tapi tidak pula dia ambil kisah pasal hal itu.

"It's okey Natalia. Kalau korang nak sembang-sembang nanti masuk je bilik aku ye?"

"Banyak beg korang bawa ya" celah Hazirah lagi. Dia juga turut menolong mengangkat beg-beg yang ditinggalkan disudut rumahnya.

"Biasalah orang perempuan. Mana boleh satu, dua pun tak cukup. Dalam beg mesti ada beg lagi. Kau percayalah, esok nak balik sini, mesti berganda punya" celah Myra. Mereka sama-sama tertawa.