Prologue

Entah sejak bila perasaan ini terbit dan singgah dalam hati ku, lucu tak kalau aku cakap sejak dari kecil.. Ya aku memandang, memuja dan mencintainya sejak dari kecil. Aku tak pernah terfikir akan lelaki lain selain dia. Kenapa aku suka dia? Macamna nak cakap ya, senyuman dia, badan dia yang bidang dan sasa? Tutur bicara yang lembut dan matang? Ehh entahlah tapi satu yang pasti, dia memang indah bagiku.